Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Imam solat Jumaat Ayatullah Ahmad Khatami berkata pihak musuh telah menyasarkan agama yang menjadi fondasi Revolusi Islam Iran.
Mengabaikan kejayaan serta memperbesarkan kegagalan adalah salah satu taktik musuh yang membuatkan orang awam bimbang dan keliru tetang realiti. Inilah jalan yang sering digunakan musuh untuk menentang perlaksanaan Islam kata Ayatullah Khatami dalam khutbah Jumaat di kampus Universiti Tehran.
Dia berkata isu penting itu hendaklah tidak dipandang ringan kerana musuh tidak menentang sistem politik, sebaliknya sasaran mereka adalah sistem agama.
Beliau berkata musuh tersebut sedang memecah belahkan bangsa Iran, maka para pegawai hendaklah meluruskan barisan dan mengabaikan segala perbezaan.
Di dalam khutbah itu beliau turut menyebut seruan pemimpin tertinggi Revolusi Islam Ayatullah Sayed Ali Khamenei tentang bantuan kilat kepada warga Pakistan yang terdampar di wilayah terpencil.