Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Serangan bom di pintu masuk Emamzadeh Abdullah Syah Ghazi di Karachi menyebabkan 7 penziarah terbunuh dan lebih 60 cedera.
Menurut saksi, serangan pertama berlaku berhampiran pintu masuk manakala serangan di pintu elektronik yang mengesan individu bersenjata.
Mereka yang terbunuh dan cedera dalam peristiwa ini dikatakan wanita dan lelaki dari golongan Ahlusunnah. Mereka yang cedera dalam peristiwa ini telah dikejarkan ke hospital berdekatan.
Zulfiqar Mirza Menteri urusan dalam negeri wilayah Sind berkata kepada wartawan, "Kemungkinan dua serangan ini adalah aksi pengebom bunuh diri kerana dua kepala lelaki ditemui di tempat kejadian". Berikutan peristiwa ini, arahan penutupan makam telah dikeluarkan yang berkuat kuasa di seluruh makam-makam di wilayah Sind.
Beliau menambah, "Setiap malam Jumaat makam ini mengundang para penziarah menjamu selera dengan hidangan yang lebih banyak dari malam-malam lain. Kerana itu pengganas memilih serangan pada malam Jumaat".
Parti-parti agama dan politik Pakistan mengutuk serangan ini. Organisasi Pergerakan Janbasy Sunni mengumumkan tiga hari berkabung dan menggesa penangkapan dalang aksi ini segera.
Pautan berkaitan:
Emamzadeh Abdullah Syah Ghazi, sanak saudara Ahlul Bait di Karachi