Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Sayed Ali Khamenei berkata, "Unsur-unsur Zionis dan Amerika sedang memerhatikan kesempatan untuk meningkatkan keretakan antara umat Islam melalui eksploitasi agama, mazhab dan bangsa". Kata Ayatullah Khamenei dalam pertemuan bersama pegawai Haji hari ini (Sabtu)
"Pergerakan politik Zionis yang dibenci oleh orang Yahudi sendiri telah menjajah wilayah Islam Palestin dan kiblat pertama umat Islam selama 60 tahun, telah melakukan berbagai jenayah terbaru setiap hari".
"Perkara ini berlaku tatkala negara-negara Islam tetap berdiam diri walaupun warga Paletin sentiasa meminta keadilan dan bantuan", kata Sayed Ali sambil menambah bahawa ibadat Haji menyediakan peluang besar untuk umat Islam sedunia bersatu untuk bangun bertindak balas terhadap penderitaan warga Palestin.