10 Oktober 2010 - 20:30

Pasukan keselamatan Lubnan menangkap sembilan orang yang disyaki mengintip untuk Israel, menurut tentera negara itu dalam satu pernyataan rasmi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan keselamatan Lubnan menangkap sembilan orang yang disyaki mengintip untuk Israel, menurut tentera negara itu dalam satu pernyataan rasmi.

Peryataan tersebut menyebut bahawa sembilan orang disyaki mata-mata telah Israel ditahan dua bulan lalu, menurut Agensi Berita PressTV.

Proses soal siasat empat daripada mereka telah selesai dan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan, manakala lima yang lain masih disoal siasat menurut pernyataan tersebut.

Lubnan sedang berusaha menghancurkan kumpulan talibarut yang mengintip untuk Agensi Mata-Mata Israel, Mossad.

Lebih 100 orang telah ditangkap kerana disyaki mengintip bagi pihak Mossad sejak April 2009 termasuklah beberapa anggota polis dan telekomunikasi.