14 Disember 2010 - 20:30

Pengganas telah meletupkan dirinya sendiri di hadapan pejabat kerajaan Cabahar wilayah Zahedan yang mensasarkan peserta Azadari Imam Husain (as)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengganas telah meletupkan dirinya sendiri yang mensasarkan peserta Azadari di depan Masjid Imam Husain (as) bertentangan dengan pejabat kerajaan Cabahar wilayah Zahedan, Iran.

Menurut saksi, salah seorang daripada tiga pengganas berhasrat meledakkan dirinya sendiri bersama polis, namun bom yang dibawanya telah meletup sebelum tiba waktunya. Pengganas yang ketiga telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Angka korban telah dikenal pasti seramai 22 orang termasuk tiga wanita dan seorang bayi berusia tiga bulan. Agensi Berita Iran (IRNA) melaporkan lebih dari 100 orang mendapat kecederaan.