Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Polis Arab Saudi menahan 38 peserta hari Asyura di kota Madinah setelah tercetus rusuhan berhampiran dengan sebuah masjid tua al-Quba menurut laporan berita Arab Saudi pada hari Sabtu lalu.
"Beberapa orang mendapat kecederaan dalam rusuhan antara Wahabi dan Syiah", menurut laporan berita.
Surat kabar al-Madina melaporkan bahawa pasukan keselamatan juga turut cedera.
Menurut sumber berita Rasid, rusuhan tercetus antara golongan dominasi komuniti Wahabi dengan penduduk minoriti Syiah.