29 Disember 2010 - 20:30

Akbar al-Syarq al-Awsat menulis: Ulama al-Azhar Mesir mengecam filem Mukhtarnameh yang dianggap mereka sebagai penghinaan terhadap sahabat nabi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ulama al-Azhar memaklumkan kecaman mereka terhadap tindakan pegawai-pegawai Iran membenarkan penayangan filem bersiri Mukhtarnameh yang mereka anggap telah menghina sahabat nabi seperti Abdullah bin Zubair.

Ulama al-Azhar memaklumkan, al-Azhar Syarif tidak menerima sebarang penghinaan terhadap sahabat nabi.

Muhammad Rafa'ah al-Tahtawi jurubicara rasmi al-Azhar menyatakan penentangannya terhadap penghinaan terhadap sahabat nabi dan isteri baginda.

Al-Tahtawi turut meminta Lembaga Pendekatan Antara Mazhab di Iran harus segera masuk campur untuk memadamkan fitnah-fitnah mazhab ini.

Hakikatnya alim ulama al-Azhar Mesir cuba melarikan diri dari kisah benar dalam sejarah Islam. Walau bagaimana pun filem Mukhtarnameh tidak lari dari peristiwa bersejarah yang terjadi dalam sejarah Islam. Ulama Ahlusunnah sangat arif peristiwa ini bukan sahaja bersumber dari kitab sejarah Syiah semata-mata, bahkan kebanyakan sumber-sumber Ahlusunnah juga terang-terang menyatakannya.