31 Disember 2010 - 20:30

Rabu lalu Rashid Abbas, saudara kepada Zishan penyair muda Karachi telah ditembak oleh pengganas yang dipercayai dari kumpulan Taliban di wilayah 5d Utara Karachi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Rabu lalu tanggal 29 Disember 2010, Rashid Abbas saudara lelaki penyair muda terkenal Karachi telah dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Tiga peluru tepat mengenai dadanya dipercayai dilepaskan oleh kumpulan yang berkaitan dengan Taliban. Dalam peristiwa berasingan kumpulan Taliban telah membunuh Safdar Abbas, anak Kapitan Asghar Abbas.

Kumpulan Pengganas Taliban Pakistan (TTP) dan Sipah-e-Sahaba telah bergabung dan membentuk sebuah jaringan besar di Karachi untuk menjalankan aktiviti keganasan. Jaringan kumpulan tersebut telah merebak dari Khaibar Pakhtun Khuwa sampai ke Sind.

Kumpulan Sipah-e-Sahaba, Lasykar-e-Jangvi dan TTP turut bertanggung jawab melakukan jenayah menyamun, memeras wang dan aktiviti menentang kerajaan.