Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Tehran, Brigadier General Pengawal Revolusi Iran Amir Ali Hajizadeh mengumumkan askar Iran berjaya menembak jatuh dua pesawat pengintip di Teluk Parsi tanpa menyebut tarikh dan lokasinya.

"Mereka (Barat) telah melakukan kekerasan yang melampaui batas terhadap negara ini dan setakat ini kami telah menembak jatuh beberapa pesawat pengintip berteknologi tinggi di sepanjang Teluk Parsi," kata Komandan Laskar Udara Hajizadeh kepada majalah Payam-E-Enqelab yang diterbitkan oleh Kesatuan Pengawal Revolusi Islam.

"Kami sering bertembung dengan pesawat pengawasan dan intipan musuh," kata Hajizadeh dalam wawancara yang diterbitkan Ahad lalu.

Komandan tersebut mengatakan pakar Iran telah mengkaji sistem kejuruteraan dan penghasilan pesawat yang telah ditembak itu.

Hajizadeh menambah bahawa pesawat yang dikendali oleh Pengawal Revolusi mampu menjaga keselamatan dan mengawasi Teluk Parsi dan sempadan negara.

Beliau menambah, Iran sudah mencapai kemajuan dalam kebanyakan produknya dan kelengkapan tenteranya seperti jet tempur, helikopter, radar, peluru anti pesawat, pertahanan udara dan berbagai kelengkapan perang yang lain.