Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan berita Malaysiakini, kira-kira 100 orang berhimpun di depan masjid al-Ikhlasiyah Kampung Kerinchi memprotes tindakan seorang peguam bukan Islam memohon laungan azan diperlahankan.
Demonstrasi ini diketuai oleh Pengerusi Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Zakaria Awang setelah menunaikan Solat Jumaat.
Merasa terkilan dengan permohonan peguam tersebut, penunjuk perasaan membakar patung jenazah sambil melaungkan slogan Allahuakbar. Sementara itu ahli Parlimen Lembah Pantai dan selaku Naib Presiden Parti Keadilan Malayisa Nurul Izzah menyatakan, "Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara", beliau turut meminta terbabit bekerjasama dengannya untuk mencari penyelesaian isu azan tersebut.
Sebelum ini pihak masjid itu telah mengambil keputusan untuk memperlahankan azan setelah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

