Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengeluarkan kenyataan media mengenai keputusan mesyuarat Suruhanjaya itu tentang ketidakpuasan cara pihak berkuasa menangani isu Syiah di Malaysia.
Kenyataan media SUHAKAM adalah seperti berikut:
KENYATAAN MEDIASUHAKAM TELITI ISU SYIAH DI MALAYSIA
Mesyuarat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada hari ini (8 Februari 2011) telah memutuskan bahawa ia akan meneliti isu Syiah di negara ini. Ini adalah berikutan aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya mengenai ketidakpuasan cara pihak berkuasa menangani isu Syiah di Malaysia.
Untuk tujuan tersebut, SUHAKAM akan diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu ini. SUHAKAM akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya.
SUHAKAM juga akan mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat bersama semua pihak yang terbabit dengan matlamat untuk mencari satu jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Oleh itu, SUHAKAM berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.
- TAMAT-
PROF DATUK DR MAHMOOD ZUHDI HAJI ABDUL MAJIDPesuruhjayaSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
8 Februari 2011