14 Februari 2011 - 20:30

Sebuah pertemuan antara wakil masyarakat Syiah Malaysia dari Kuala Lumpur dan Kedah dengan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof. Dato Mahmood Zuhdi telah diadakan kelmarin 14 Fabruari 2011.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sebuah pertemuan antara wakil masyarakat Syiah Malaysia dari Kuala Lumpur dan Kedah dengan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof. Dato Mahmood Zuhdi telah diadakan kelmarin 14 Fabruari 2011.

Pihak ABNA difahamkan bahawa Prof. Dato Mahmood Zuhdi dalam pertemuan tersebut berjanji akan berusaha membantu masyarakat Syiah di negara ini mendapat hak-hak sebagai warganegara Malaysia.

Selain itu pertemuan ini mencapai kesepakatan bahawa Perbincangan Meja Bulat bersama pihak yang berkenaan seperti agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya adalah positif.

Sebelum ini masyarakat Syiah Malaysia telah difitnah dengan berbagai tuduhan tidak berasas sehingga mencetuskan pandangan serong di kalangan masyarakat majoriti Ahlusunnah.