Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ribuan rakyat Saudi dari berbagai bandar turun mengadakan demonstrasi aman di perbatasan Bahrain Jumaat lalu. Penunjuk perasaan membawa gambar-gambar sanak saudara mereka yang ditangkap tanpa sebarang pengadilan oleh pihak berkuasa Saudi sejak beberapa tahun lalu.
Khamis lalu beratus-ratus masyarakat Syiah dari Qatif turut berdemonstrasi memprotes amalan diskriminasi kerajaan Saudi yang semakin berleluasa.
Minggu sebelumnya masyarakat Syiah dari kota al-'Awamil berhampiran Qatif berdemonstrasi sehingga kerajaan negara itu terpaksa membebaskan 3 orang tahanan dari penjara.
Sekembalinya raja Abdullah dari Maghribi, kerajaan Saudi memberikan beberapa keistimewaan kepada rakyatnya untuk meredakan gejolak demonstrasi kebangkitan Islam.
Raja Abdullah turut memaklumkan 37 juta dolar Amerika dibelanjakan untuk memperbaiki prasarana awam tanpa mengira kawasan Sunni atau Syiah supaya golongan minoriti mazhab Ja'fari tidak menuntut hak asasi mereka lagi.
Sumber rasmi Arab Saudi mengistiharkan populasi masyarakat Syiah hanyalah terdiri daripada sepuluh peratus penduduk Arab Saudi. Walaubagaipun Agensi Berita Reuter melaporkan dari sumber tidak rasmi bahawa penganut mazhab Ja'fari terdiri daripada 15 peratus rakyat negara tersebut.