Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Hari ini genaplah 50 hari perjuangan revolusioner Bahrain berjuang menentang pemerintahan yang menindas rakyatnya sendiri. Sehingga dengan ini, warga Bahrain telah menamakan minggu ini sebagai 'Minggu Syuhada'.
Pukul 00:05 waktu Tehran - Laungan slogan Allahuakbar diteruskan setiap malam.
Laungan Allahuakbar terus bergema setiap malam menandakan penduduk Bahrain tetap bertegas menuntut keadilan asasi mereka. Warga Bahrain melaungkan slogan Allahuakbar setiap malam selama 15 minit dari atap rumah dan bangunan.
Pukul 00:30 waktu Tehran - Maklumat baru tentang syuhada yang gugur kelmarin.
Informasi terbaru menyatakan bahawa jenazah As-Syahid Jasim Muhammad Makki telah selamat dipusarakan kelmarin.
Makki berusia 30 tahun telah mengalami penderitaan yang dahsyat akibat seksaan ketika berada di dalam tahanan pasukan keselamatan Aali Khalifah.
Salah satu sumber media terbesar penentang regim negara tersebut, yang dikenali sebagai Jam'iyya al-Wefaq Bahrain memaklumkan bahawa individu ini telah mendapat layanan buruk dalam penjara sehingga beliau meninggal dunia.
Menteri Bahrain secara rasminya mengumumkan, "Hasan Jasim Makki adalah salah seorang tahanan yang merusuh dan meninggal kerana sakit yang parah".
Sumber yang lain menyatakan penangkapan Hasan Jasim disebabkan pihak berkuasa gagal menangkap saudara lelakinya, sebagai ganti mereka jadikan Hasan Jasim sebagai mangsa.
Pukul 02:58 waktu Tehran - Program hari Syuhada.
Ikatan Pemuda-Pemuda Revolusi 14 segera memaklumkan program hari Syuhada berlangsung sehingga Sabtu minggu depan.
Program ini adalah seperti berikut:
- Penerusan laungan slogan Allahuakbar di setiap kota dan kampung tepat jam 12 malam.
- Melangsungkan majlis tahlil untuk syuhada Bahrain.
- Menyertai demonstrasi menentang kerajaan.
- Menyokong revolusi-revolusi di negara-negara Arab yang lain.
- Menlawat keluarga Syuhada Revolusi.
- Menziarahi makam syuhada diiringi acara membaca Fatihah.
- Membaca doa secara berjemaah.
- Mengadakan perarakan luar biasa buat mengenang mereka yang gugur syahid di waktu malam sekitar Manama, kota-kota dan kampung-kampung lain sambil melaungkan slogan 'Labbaik ya Bahrain'.
- Tampil di saluran-saluran masyarakat dengan menepati atur janji yang telah dipersetujui.
- Melangsungkan demonstrasi besar untuk membebaskan medan Lu'lu' dari cengkaman pasukan penceroboh Arab Saudi pada hari Sabtu depan.
Pukul 5:30 waktu Tehran - Majlis Kerjasama Negara Arab Teluk mengulangi dakwaan palsu.
Majlis Kerjasama Negara Arab Teluk Parsi di akhir mesyuarat malam tadi mendakwa Iran secara terang-terangan telah memcampuri urusan dalaman negara-negara anggota majlis tersebut.
Pukul 9:02 waktu Tehran - Pembunuhan tahanan dalam penjara Aali Khalifah.
Komuniti Wefaq Bahrain mempertikaikan kematian seorang lagi tahanan dalam penjara regim. Kementerian negara tersebut dalam satu pernyataan memaklumkan, "Salah seorang tahanan yang ditangkap dalam sebuah demonstrasi telah mati akibat mengidap satu penyakit".
Sumber-sumber yang jelas menyatakan beratus orang telah ditangkap dan hilang dan nasib mereka hingga ke hari ini masih belum diketahui.