Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Hari ini genaplah hari ke-60 kebangkitan warga Bahrain menuntut hak mereka menentang kezaliman pemerintah. Beberapa peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah:Pukul 00:05 waktu Tehran- Gema laungan takbir. Penduduk kota dan desa di seluruh Bahrain meneruskan laungan takbir seperti malam-malam lalu. Minggu ini mereka menamakannya sebagai ‘Minggu Kebebasan’. Laungan Allahuakbar kedengaran beberapa kali dari puncak-puncak menara dan bumbung rumah. Pukul 02:31 waktu Tehran- Keluarga Fakhrawi diancam.Pasukan keselamatan Bahrain mengugut keluarga As-Syahid Karim al-Fakhrawi agar gambar jenazahnya tidak diambil dan disebarkan.Pasukan keselamatan ini kelihatan berada di mana-mana tempat sepanjang acara pengkebumian jenazah sambil memerhatikan gerak-geri orang awam.As-Syahid Fakhrawi meninggal dunia kelmarin setelah diseksa dalam penjara Al Khalifah. Pukul 08:00 waktu Tehran- Sidang Parlimen Bahrain ditunda.Perletakan jawatan 22 orang ahli parlimen Bahrain sebagai memprotes layanan buruk terhadap penunjuk perasaan negara ini di hari awal revolusi menunjukkan kerajaan itu telah bertindak melampaui batas undang-undang.Parti Wefaq yang mempunyai 18 orang wakil rakyat negara ini telah mengeluarkan wakil-wakil mereka dari sidang parlimen kerana membantah pembunuhan penujuk perasaan di Manama.Empat orang wakil bebas juga telah membuat keputusan yang sama dan turut menarik diri dari sidang parlimen.Pukul 08:51 waktu Tehran- Pegawai Bahrain berusaha menghukum bekas pengarang surat khabar al-Wasat. Pegawai keselamatan Bahrain dilaporkan cuba mengheret editor surat kabar al-Wasat, Mansur al-Jumri ke muka pengadilan.Salah satu sumber menyebut, “Kejaraan Bahrain berusaha menghukum al-Jumri dan menghalang beliau dari meneruskan kerjaya politiknya”. Kerajaan Bahrain dua minggu yang lalu telah menutup penerbitan akhbar bebas al-Wasat buat sementara waktu kerana editornya menyiarkan gambar-gambar peristiwa demonstrasi.Pukul 09:39 waktu Tehran- Hari ke-empat mogok lapar Zainab al-Khawajah.Mogok lapar anak perempuan seorang penentang utama kerajaan Bahrain dalam memprotes penangkapan bapanya oleh pasukan keselamatan regim Al Khalifah, sudah masuk hari ke-empat.Zainab al-Khawajah dalam wawancara bersama surat khabar Associated Press menuduh kerajaan Bahrain mencetuskan krisis hak asasi manusia terhadap penunjuk perasaan.Khawajah berkata, “Sehingga ayah, suami, pakcik dan keluarga saya yang lain-lain lagi tidak dibebaskan, saya tidak akan berundur dari mogok lapar”.Wanita Bahrain berusia 27 tahun ini merupakan ibu dari seorang anak ini menceritakan detik-detik cemas penyerbuan polis bertopeng ke dalam rumah, menyerang dan memukul ayahnya sehingga pengsan. Setelah itu ayahnya dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.Beliau berkata, “Suami dan keluarga saya berada di Manama, namun mereka ditangkap di tempat yang berlainan”. Pukul 10:06 waktu Tehran- Majlis duka Abdul Karim al-Fakhrawi.Warga Bahrain kelmarin menganjurkan majlis berdukacita terhadap gugurnya Abdul Karim al-Fakhrawi, ahli perniagaan yang berusia 49 tahun. Beliau meninggal dunia pada hari Selasa lalu akibat diseksa kejam oleh regim Al Khalifah di dalam penjara.Beliau juga merupakan pemilik sebuah kedai buku dan penyumbang modal surat khabar al-Wasat.Pukul 10:34 waktu Tehran- Rancangan baru Saudi untuk persekutuan Arab.Askar Saudi yang menceroboh Bahrain dengan nama ‘Perisai Jazirah’ mencadangkan persekutuan negara-negara Arab yang berpaksi dengan Saudi.Pukul 11:03 waktu Tehran- Obama turut memprotes.Pembunuhan penunjuk perasaan Bahrain di penjara telah mencetuskan kritikan prsiden Obama.Barrack Obama menyatakan rasa bimbang dalam ucapannya terhadap kematian empat tahanan Bahrain dalam penjara akibat diseksa dengan kejam. Beliau meminta pegawai Bahrain menyiasat kematian empat orang ini.Kebimbangan Obama ini menjelma tatkala pegawai-pegawai Bahrain menafikan wujudnya penyeksaan tahanan dalam penjara.Pukul 11:41 waktu Tehran- Situasi tahanan di penjara Bahrain sangat parah.Meskipun kerajaan Bahrain cuba mengelak dari fakta penyeksaan tahanan dalam penjara, Human Right Watch mengumumkan keadaan tahanan di penjara Bahrain sangat parah dan membimbangkan.Pengerusi pejabat Human Right di Timur Tengah menerangkan keadaan tahanan di Bahrain ini sangat parah dan mengerikan sambil berkata, “Pegawai Bahrain hendaklah menjawab perkara ini”.Beliau turut meminta perkara ini dibawa ke muka pengadilan.Pukul 12:00 waktu Tehran- Penyiksaan di Bahrain tidak dikecualikan.Ketua pusat hak asasi manusia di Bahrain menegaskan penyeksaan tahanan di dalam penjara Bahrain dengan berkata, “Tidak ada pengecualian dalam perkara ini”.Nabil Rajab berkata, “Para pegawai Bahrain tidak berperi kemanusiaan terhadap orang yang sihat mahupun orang yang sakit”.Beliau mengatakan, “Mereka tidak menghiraukan apa saja standard hak asasi manusia dalam penjara-penjara”.Nabil Rajab meminta semua warga Bahrain tanpa mengira usia agar terus menuntut hak yang benar.Pukul 12:10 waktu Tehran- Pegawai Kuwait enggan bekerjasama membunuh orang awam di Bahrain.Surat kabar al-Anba’ Kuwait menulis, “Beberapa orang pegawai tentera laut Kuwait yang dipilih oleh negara tersebut untuk pergi membubarkan kebangkitan warga Bahrain telah menolak tawaran tersebut.Menurut akhbar tersebut, pegawai yang enggan bertugas tersebut telah ditangkap dan akan dibicarakan di mahkamah Kuwait.Mahkamah tentera Kuwait turut memaklumkan, para pegawai askar ini akan dibuang kerja dan hukuman berat sedang menanti mereka.Pukul 12:20 waktu Tehran- Kedatangan Hariri ke Bahrain.Perdana Menteri sementara Lubnan akan pergi ke Bahrain dengan segera untuk menemui pegawai negara tersebut dan menghalang pengusiran warga Lubnan dan konsulatnya.Dalam peristiwa pengusiran 16 pegawai Lubnan dari Bahrain, Perdana Menteri sementara Lubnan Sa’ad Hariri membuat keputusan akan datang ke Bahrain untuk berdialog dengan pegawai Bahrain supaya pengusiran warganya dari negara ini dihentikan.Sumber terdekat dengan Hariri memaklumkan perjalanan beliau ke Bahrain telah disepakati dalam panggilan telefonnya kepada raja Bahrain Syaikh Mahad bin Isa Al Khalifah.Kerajaan Bahrain telah mengeluarkan arahan mengusir beberapa orang warga Lubnan demi keselamatan. Beberapa orang lagi turut disenaraikan dalam pengusiran, namun pegawai diplomatik Lubnan masih berunding dengan pemerintah Bahrain agar pengusiran ini dihentikan.Hizbullah Lubnan sebelum ini telah mengecam keras serangan polis Bahrain ke atas penunjuk perasaan. Sayid Hasan Nasrullah dalam ucapannya telah mengemukakan soalan, apakah bezanya antara pemerintah keluarga Al-Khalifah di Bahrain, bekas pemimpin Mesir Hosni Mubarak dan Muammar Ghaddafi di Libya?