15 Mei 2011 - 19:30

Ahli Parlimen Bukit Bendera menyelar idea Perdana Menteri Malaysia yang menawarkan bantuan ketenteraan demi membantu kerajaan Bahrain untuk menjaga kestabilan di Teluk.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Liew Chin Tong dalam sebuah kenyataannya mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju mengirim pasukan pengaman jika diminta oleh pemimpin Bahrain.Ahli Parlimen Bukit Bendera ini melahirkan rasa terkejut apabila kerajaan Malaysia menganggap tindakan zalim kerajaan Bahrain ke atas orang awam sebagai usaha murni. Selain itu beliau beliau memberi amaran bahawa Najib sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah."Kerajaan Malaysia tidak hanya mengaku dirinya sebagai pencetus idea di kalangan di dunia Islam dan sama sekali tidak memberikan sokongan kepada kebangkitan demokrasi di dunia Arab sejak awal tahun ini, bahkan ia sedang bersiap berdiri di sebelah diktator dengan mengutus tentera kita untuk menindas aspirasi demokrasi rakyat Bahrain"."Saya difahamkan bahawa pemimpin Pasukan Tentera Malaysia tidak cenderung dengan ini kerana ia bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam, lagi-lagi orang awan di negara asing,” menurut pernyataan Liew kelmarin.