3 Jun 2011 - 19:30

Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari menganggap kebangkitan warga Bahrain pasti mencapai kemenangan dan berkata, “Kemungkinan penindasan dahsyat diwujudkan kerana tiada kemungkinan untuk melemahkan dan menumpulkan kebangkitan ini, namun ketahuilah pergerakan ini tidak berakhir dan warga Bahrain akan mencapai kemenangan kerana mereka bangun kerana Allah, dan matlamat mereka adalah agama, maruah, kemuliaan dan kehormatan”.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Bertepatan dengan 24 Mei 2011 (3 Khordad 1390) bersamaan dengan hari ke seratus kebangkitan warga Bahrain yang dizalimi, Persidangan 100 hari Moqawamah (perlawanan) orang yang ditindas berlangsung di kota Qom, yang dianjurkan oleh Agensi Berita ABNA (Di bawah naungan Majma’ Ahlul Bait), institut ilmu dan pemikiran politik (di bawah naungan Pejabat Tablighat Islami) dan Komuniti Muthale’at Siasi (di bawah naungan Hawzah Ilmiyah Qom).Dalam persidangan ini, Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari dalam ucapannya menganalisa tentang kebangkitan dan gerak kerja ilmiyah membela warga Bahrain.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait di awal ucapannya mengungkapkan tahniah di atas hari kelahiran Fathimah Az-Zahra dan berterimakasih kepada penganjur persidangan ini. Beliau menganggap penganjuran persidangan seperti ini adalah perlu dan berkata, “Salah satu kewajipan asasi yang dipikul oleh kita semua dan hawzah Ilmiyah Qom khususnya ialah kesedaran tentang apa yang terjadi di dunia Islam sehingga dengan jalan ini seseorang itu mengenali tanggungjawabnya dengan penganalisaan yang sahih terhadap peristiwa-peristiwa dan dapat bertindak dengan asas ini”.Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari mengemukakan hadis daripada Rasulullah (s.a.w) di mana jikalau seseorang itu melihat seorang mulim menghadapi masalah, mendengari teriakannya dan ia tidak bersegera membantunya, maka ia bukanlah daripada kalangan umat Islam. Akhtari mengatakan, “Dengan pemahaman yang sahih tentang peristiwa berdasarkan pengertian dan kesedaran, seseorang itu akan maklum dengan apa yang terjadi di dunia dan mengenali kewajiban dirinya”.Bekas pembantu pengarah Jabatan Antarabangsa di pejabat Rahbar berkata, “Analisa paling baik dan tepat tentang perkembangan terkini di dunia Islam ialah analisa pemimpin revolusi di dalam khutbah solat Jumaat yang berlanjutan sampai sekarang”.Beliau menambah, “Sejak awal lagi peristiwa perubahan ini telah cuba diselewengkan dengan konspirasi Amerika dan mereka mengurangkan alasan-alasannya (kebangkitan) dengan motif masyarakat, ekonomi dan nafkah pencarian, sedangkan alasan dan motif paling asas pergerakan serantau akhir-akhir ini ialah Islam dan Agama”.Hujjatul Islam Akhtari sambil mengkritik orang beranggapan bahawa tidak perlu menghalang sentiviti yang menentang Republik Islam Iran di mana hanya bertabligh sahaja sudah memadai untuk mencetuskan perubahan, beliau menekankan, “Di zaman ini, musuh meletakkan Republik Islam Iran di hujung panah serangannya, Al Saud dan Al Khalifah menyerang Republik Islam Iran secara teratur baik di dalam pernyataan-pernyataan rasmi, mesyuarat-mesyuarat eksklusif mahupun dalam dialog dengan dua atau beberapa pihak”.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait menganggap semua tindakan dari pihak Republik Islam Iran hingga sekarang, dalam mempertahankan perubahan-perubahan serantau masih belum mencukupi dan berkata, “Bentuk tindakan-tindakan dalam Republik Islam Iran, pergerakan tabligh,  pernyataan fobia dan kebencian terhadap jenayah-jenayah di Bahrain telah berlalu, namun kerja-kerja dalam beberapa lapangan dan praktikal belum dilakukan”.Beliau menyebut tentang serangan keras terhadap pergerakan aman warga Bahrain dengan mengatakan. “Warga Bahrain bahkan tidak seperti rakyat Palestin yang berintifadhah di mana mereka tidak menggunakan batu, tidak memecahkan cermin atau tidak menyerang pejabat atau pihak polis; namun betapa keras serangan terhadap mereka ini sehingga di pihak regim, Arab Saudi mengizinkan tentera menjajah negara ini”.Hujjatul Islam Akhtari mengkritik media sebelah pihak dan berkata, “Laporan-laporan media sebelah pihak tidak menunjukkan peristiwa sebenar tentang Bahrain sehingga boleh dikatakan tidak ada nama Bahrain di peta dunia, atau sebarang pergerakan di negara ini sama sekali tidak mendapat tempat”.Beliau menambah, “Negara-negara imperialis berpura-pura bahawa sebuah peristiwa thaghut sedang terjadi di Bahrain di mana kerajaan tersebut berupaya menghadapinya. Dari sudut yang lain, komuniti-komuniti hak asasi manusia termasuk Palang Merah Sedunia dan Bulan Sabit Merah juga tidak bertindak sedikit pun untuk mempertahankan rakyat Bahrain”.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait menegaskan, perubahan di Tunisia, Mesir, Yaman dan Bahrain disebabkan faktor agama, beliau berkata, “Faktor agama dalam perubahan ini menyebabkan kuasa Imperialisme menjadi panik”.Sambil menceritakan kebangkitan rakyat Bahrain, Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari mengatakan, “Sejak zaman revolusi Islam Iran, Bahrain dilihat telah membentuk pergerakan Islam dan peristiwa terbaru dalam negara ini ialah intifadhah dalam penerusan perkembangan ini”.Beliau menambah, “Kebangkitan rakyat Bahrain sehinggakan di dalam slogan-slogan dan kebangkitan Islam  telah mengambil pengaruh Revolusi Islam dan pemikiran-pemikiran Imam Khomeini”.Setiausaha  Agung majma’ Ahlul Bait yakin bahawa kebangkitan warga Bahrain akan mencapai kemenangan samada lambat atau cepat, beliau mengatakan, “ Kemungkinan penindasan dahsyat diwujudkan kerana tiada kemungkinan untuk melemahkan dan menumpulkan kebangkitan ini, namun ketahuilah pergerakan ini tidak berakhir dan warga Bahrain akan mencapai kemenangan kerana mereka bangun kerana Allah, dan matlamat mereka adalah agama, maruah, kemuliaan dan kehormatan”.Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari dengan rasa kesal yang amat mendalam terhadap kesakitan dan musibah warga Bahrain menegaskan, “Rakyat Bahrain berada dalam keadaan yang menjadikan mereka mati syahid, dipenjarakan, dicederakan dan apa sahaja penderitaan agresif dan tragedi. Tragedi yang sungguh memalukan sehingga tidak berdaya untuk diceritakan”.Beliau menambah, “Kebencian pendendam Wahabi, betapa kejamnya mereka terhadap keluarga-keluarga, kesucian orang awam, pembunuhan individu dan penyiksaan yang tiada segan silu telah mereka lakukan dengan memutihkan muka-muka algojo dan penjenayah.“Al Khalifah dengan jenayah yang dilakukannya, sama sekali tidak akan mendapat tempat walaupun sekadar 70% di kalangan rakyat negara ini, kesimpulannya beliau sedang menuju kemusnahan.“Al Saud dan Al Khalifah hendaklah mengetahui tentang penghujung kerja mereka, mereka gentar Al Khalifah digulingkan dan geombang ini akan sampai ke negara-negara serantau lainnya seperti Arab Saudi, natijahnya kemenangan besar untuk pengikut Ahlul Bait akan tercapai”.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait mengatakan tentang ‘Hilal Moqawama’ di rantau tersebut dengan mengatakan, “Raja Jordan beberapa hari lalu menyifatkan keadaan serantau sebagai ‘Hilal Syiah’ sepatutnya mereka berkata dengan mata yang buta bahawa ‘Hilal Moqawama’ ini akan genap purnama di malam ke-empat belas”.Sambil menyatakan kesilapan Soviet yang pernah menceroboh Afghanistan beliau berkata, “Ketika Al Saud menjajah menceroboh Bahrain, Rahbar mengatakan Al Saud telah melakukan kesilapan seperti mana yang dilakukan oleh Soviet dan nasib mereka juga seperti Soviet iaitu menanti ketibaan kehancuran.“Sokongan warga Saudi kepada Al Saud hanyalah 20 hingga 22 peratus sahaja, dan lebih dari 70 peratus dari masyarakat yang ada dalam negara ini menentang Al Saud, mereka sedang menanti peluang untuk menyatakan penentangan mereka”.Beliau menilai pengumuman keluarnya pasukan Al Saud dari Bahrain beberapa hari lagi menunjukkan kekalahan mereka dan berkata, “Pembunuhan seorang orang awam yang berada jalan-jalan tidak memberi manfaat sedikit pun, namun mereka akan lebih menanggung malu dan dibenci dalam negara-negara Islam, akibatnya mereka terpaksa keluar dari Bahrain.Bekas duta Iran  ke Syria memberi amaran terhadap kebangkitan Islam melalui dakwah-dakwah dan berkata, “Dengan wujudnya usaha pusat tagbligh untuk mengambil alih matlamat dan pencapaian revolusi-revolusi Tunisia dan Mesir dalam pilihanraya akan datang, Islam akan mencapai kemenangan besar di kedua negara ini.“Saya berharap kemenangan-kemenangan ini behujung dengan pergerakan dunia Islam dan kita dapat menyaksikannya”.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait dalam bahagian ucapan yang lain menerangkan tindakan yang boleh dilaksanakan untuk perubahan di Bahrain, “Dari satu sudut, kita hendaklah bekerja keras untuk situasi yang wujud di Bahrain, dan dari satu sudut yang lain kita hendaklah menganjur program tentang Al Saud yang terpaksa melarikan diri dari Bahrain.Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari memberikan penghargaan terhadap usaha tabligh dan media di Iran sambil mengatakan, “Dalam seratus hari moqawama rakyat Bahrain, media republik Islam Iran telah melakukan kerja dengan baik, namun hendaklah usaha ini diteruskan”.Beliau turut menghargai sumbangan marji’ taqlid, Hawzah Ilamiyah dan universiti-universiti yang sedaya upaya mempertahankan warga Bahrain, kata beliau, “Hak-hak dan harta penduduk negara ini hendaklah dibantu dengan sokongan politik”.Beliau menambah, “Kita boleh memberi tekanan terhadap pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dengan menurunkan tandatangan beramai-ramai, membentuk komuniti membela hak warga Bahrain. Dengan cara ini penegak undang-undang perlu bekerja”. “Kaum hawa juga mempunyai giliran mereka untuk mengambil langkah yang efektif, dan mereka dapat mempengaruhi dunia.“Majma’ Jahani Ahlul Bait hingga kini berusaha memerhatikan sebarang kemungkinannya untuk bertindak, namun ia perlu meneruskan lagi”.Selain itu beliau menegaskan bahawa tindakan-tindakan orang ramai dalam mempertahankan kebangkitan rakyat Bahrain memberi kesan positif. Kata beliau, “Teriakan orang ramai di Qom atau Tehran mampu membuatkan warga Bahrain menetapkan langkah mereka, dari sisi lain orang awam di seluruh negara-negara lain dapat mengatur pergerakan mereka sehingga rakyat Bahrain tahu bahawa mereka tidak bersendirian di arena antarabangsa”.Di akhir ucapannya, Hujjatul Islam Akhtari menyatakan harapan agar seluruh tindakan-tindakan mempertahankan hak-hak rakyat Bahrain ini menghasilkan natijah yang berterusan”.