Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama Wahabi menolak undangan Ayatullah Ja'far Subhani untuk bermuzakarah dan dialog.
Ayatullah Subhani berkata, "Saya telah menulis surat kepada ulama Wahabi dan mengundang bermuzakarah tentang propaganda mereka di dalam saluran TV satelit, namun mereka menolak undangan saya".
Subhani menyatakan bahawa ulama Wahabi bercakap kosong di dalam saluran satelit mereka tentang Islam, dan mengundang supaya dapat bermuzakarah mengenai propaganda negatif mereka tentang Islam. Malangnya tidak seorang pun daripada mereka menerima undangan tersebut.
"Saya minta mereka mengutuskan deligasi ulama yang tidak berat sebelah ke Iran, namun mereka memberikan jawapan yang negatif", ujar beliau.
16 Ogos 2011 - 19:30
News ID: 260259
Ulama Wahabi menolak undangan Ayatullah Ja'far Subhani untuk bermuzakarah dan dialog.