Syaikh Al-Azhar mengkritik dakwaan beberapa individu yang menegaskan ada perbezaan antara Al-Quran Syiah dan Ahlusunnah sambil menyifatkannya sebagai pembohongan yang nyata.Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ahmad Al-Tayyib ketika majlis pembukaan pertandingan al-Quranul Karim di Kaherah berkata, "Al-Quran Ahlusunnah dan pengikut-pengikut Syiah tidak wujud perbezaan. Dakwaan bahawa para pengikut Syiah mempunyai Al-Quran yang berbeza dengan Ahlusunnah adalah pembohongan yang nyata dan tidak boleh diterima".Beliau meminta ulama Ahlusunnah dan Syiah sama-sama melayan dakwaan ini sebagai pembohongan.