3 Oktober 2011 - 20:30

Pada Ahad lalu, pihak berkuasa Saudi menangkap penulis dan aktivis masyarakat dari kota Awwamiyya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pada Ahad lalu, pihak berkuasa Saudi menangkap penulis dan aktivis masyarakat dari kota Awamiyya yang dipercayai menggerakkan demonstrasi aman di wilayah Qatif. Menurut sumber, pihak berkuasa menangkap penulis Ali Al-Dubaisi di pusat pemeriksaan antara kota Safwa dan Awamiyah di wilayah Qatif. Sumber menyatakan bahawa Al-Dubaisi langsung di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah di Qatif dan ahli keluarga beliau tidak dibenarkan menziarahinya. Insiden ini berlanjutan dari penahanannya pada bulan Mei lalu di mana beliau pernah di tahan di pusat pemeriksaan yang sama dan dibawa ke balai polis Safwa selama 24 jam sebelum dibebaskan. Dalam perkembangan yang lain, sumber menyatakan pihak polis di Awamiyah memanggil Hussein Daif Al-Yasseen untuk disoal siasat dan kemudian dibawa ke penjara Qatif. Menurut keluarga beliau, Al-Yasseen dituduh menjawab wawancara ketika memandu keretanya berhampiran dengan demonstrasi pada Jumaat lalu. Kawasan ini menyaksikan beberapa siri perarakan aman sepanjang demonstrasi menuntut pembebasan tanpa hukuman terhadap mereka yang dipenjarakan selama beberapa tahun yang lalu. Mereka ini terdiri daripada aktivis reformasi politik yang menuntut pemberhentian diskriminasi mazhab yang dideritai oleh masyarakat Syiah Arab Saudi. Dalam beberapa demonstrasi, penunjuk perasaan menyatakan kesetiakawanan mereka dengan pemimpin demokrasi di Bahrain setelah terbongkarnya beberapa kekejaman pihak kerajaan itu dalam menyuraikan perhimpunan aman.