Ayatullah Al-Uzma Alavi Gorgani mengeluarkan pernyataannya yang mengecam pembunuhan Syiah secara besar-besaran di sekitar Quetta, Pakistan. Nota pernyataannya adalah seperti berikut: Dengan nama-Nya yang Maha Tinggi Allah (s.w.t) berfirman: و ما تنقم منا الا ان امنا بآیات ربنا لما جائتنا ربنا افرغ علينا صبرا و توفنا مسلمين "Dan tidaklah kalian marah kepada kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam". Berita pembunuhan beramai-ramai orang yang tidak berdosa di Pakistan sekitar kota Quetta di tangan ejen pengkafiran telah menyebabkan rasa sangat dukacita dan terguris kepada saya dan orang yang punya kebebasan. Kesalahan para syuhada ini hanyalah kerana berpegang dengan mazhab Syiah. Jenayah ini menunjukkan bahawa kumpulan ini bertindak tanpa mantiq untuk mencapai matlamat mereka. Saya ucapkan takziah kepada Sahibul Amri Imam Zaman (a.j) dalam musibah utama ini, kemudian diucapkan pula kepada para ulama, marjiʽ, pemimpin revolusi dan juga kepada semua mereka yang masih hidup dalam peristiwa tersebut, seterusnya kepada umat Islam Pakistan. Saya berharap semua pihak yang bertanggung jawab menangani penjenayah ini secara serius supaya kita tidak lagi menyaksikan jenayah-jenayah ini. Muhammad Alavi Gorgani 13 Mehr 1390 Dua hari lalu, sebuah bas yang membawa 20 penumpang bermazhab Syiah dari Quetta ke Hezarganji telah diserang pengganas berhampiran wilayah Akhtarabad. Penyerang telah menurunkan semua penumpang dan membariskan mereka. Serangan kejam ini berakhir dengan kematian 14 orang penumpang manakala yang lain menderita dengan kecederaan parah.
6 Oktober 2011 - 20:30
News ID: 270234
Mereka ini syahid kerana berpegang dengan mazhab Syiah. Jenayah ini menunjukkan kumpulan ini tidak mempunyai mantiq dalam bertindak untuk sampai kepada matmalat mereka.