7 Oktober 2011 - 20:30

Setelah berbulan-bulan lamanya bersikap pasif, akhirnya buat pertama kali Syaikh Al-Azhar mengkritik keras serangan kerajaan Bahrain ke atas orang awam yang tidak berdaya mempertahankan diri. Di samping itu beliau turut mengesahkan kerajaan Al Khalifah sudah sampai ke penghujungnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dr. Syaikh Ahmad Al-Tayyib dalam satu pernyataan yang tersebar melalui Syura Tertinggi Al-Azhar meminta kerajaan-kerajaan di sempadan teluk Parsi mendengar tuntutan-tuntutan rakyat dan mengadakan dialog bersama mereka.Beliau menegaskan, “Peristiwa-peristiwa yang terjadi di Bahrain adalah mengguris hati umat Islam dan menyebabkan kami menjadi bimbang”.Syaikh Al-Azhar menganggap tindakan-tindakan ini telah mencetuskan fitnah mazhab dan diskriminasi puak. Beliau menerangkan bahawa, “Nabi (s.a.w) telah memberikan amaran keras terhadap akibat-akibat fitnah ini”.Mengenai usaha regim Zionis dan barat untuk masuk campur dalam urusan dalaman negara-negara serantau, beliau mengatakan, “Dengan mewujudkan pertelagahan antara mazhab dan krisis masyarakat, kuasa angkuh cuba mencari jalan untuk memasukkan pengaruhnya.Syaikh Al-Azhar mengeluarkan pernyataan ini setelah beberapa kali mengiktiraf campurtangan askar Arab Saudi ke Bahrain. Beliau pernah menyatakan campur tangan askar tersebut tidak ada kaitan dengan fanatik puak sambil berkata, “Tindakan ini bertujuan menetapkan keamanan antara negara-negara teluk Parsi dan perlu dihormati”.