2 November 2011 - 20:30

Ayatullah Khamenei menegaskan, "Kami mempunyai seratus bukti yang sukar dipercayai bahawa kerosakan dari rancangan Amerika dengan membimbing keganasan dan pengganas di Iran dan serantau, bakal menjatuhkan maruah Amerika dan mereka yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia atau memerangi keganasan di mata dunia".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Al-Uzma Sayid Ali Khamenei, selaku pemimpin agung Revolusi Islam Iran pagi kelmarin dalam lawatan bersama ribuan pensyarah dan mahasiswa menegaskan, "Dengan berkat tawakkal, tabah dan wawasan, bangsa Iran selama 32 tahun yang lalu telah berjaya dalam segenap cabaran dan maju. Sudah tentu bangsa Iran di masa akan datang akan berjaya dan mulia dalam cabaran-cabarannya".Lawatan pemimpin revolusi ini bertepatan dengan hari pensyarah dan hari kebangsaan memerangi kuasa angkuh dunia ini yang disambut pada tarikh 13 Aban setiap tahun. Ayatullah Sayid Ali Khamanei mengingatkan, "Besempena dengan hari yang masyhur dan berkilau dalam sejarah revolusi Islam seperti ini, ia adalah sebuah kesempatan untuk mengamati matlamat ilmu harakah yang sahih, perancangan masa depan dengan berasaskan analisa realiti tauladan-tauladan sejarah".Beliau menganggap ciri-ciri terpenting 13 Aban ialah bertawakkal dengan kudrat Ilahi, berdiri teguh mengiringi masa depan, perjuangan dan matlamat. Beliau berkata, "Imam Khomeini dan tokoh-tokoh (Iran) pada 13 Aban telah dibuang negara dengan bantuan talibarut kerana memprotes pembelaan terhadap Amerika di Iran dan berjuang menentangnya. Namun setelah lima belas tahun, pada 13 Aban tahun 1358, anak-anak Imam iaitu para pemuda revolusi daripada kalangan mahasiswa telah mengusir Amerika dengan menawan sarang pengintip Amerika di Tehran".Pemimpin Revolusi Islam menegaskan peristiwa yang mustahil ini terjadi lantaran tawakkal Imam Khomeini kepada Allah selain beristiqomah apabila dibuang negara. Beliau mengatakan, "Imam tidak pernah putus asa dan penat. Dengan menggerakkan orang ramai dan mewujudkan sentimen pembebasan, secara perlahan-lahan beliau membawa orang ramai memasuki arena pembentukan kemenangan Revolusi Islam Iran".Ayatullah Khamenei menganggap kemenangan Revolusi Islam Iran sebagai sebab tersingkirnya regim Syah dari Iran dan menambah, "Setelah kemenangan Revolusi Islam Iran pada 13 Aban tahun 1358, Amerika telah keluar dari Iran. Oleh sebab itu Imam Khomeini menyifatkan penawanan sarang mata-mata Amerika sebagai revolusi terbesar setelah revolusi pertama".Beliau menegaskan, "Imam Khomeini disokong iradah Islam dan Iman warga Iran, Mereka berdiri teguh dan bendera kezaliman dan keangkuhan Amerika dijatuhkan dan berada dibawah injakan kaki pemuda-pemuda beriman negara ini".Ayatullah Khamenei menyatakan berbagai rancangan kuasa angkuh Amerika dan Zionis untuk memerangi rakyat Iran, "Dengan kekuatan Ilahi, dengan kecekapan bangsa Iran dan pemuda progresif, setiap kali perancangan dilakukan, Republik Islam Iran akan menang dan Amerika mengalami kekalahan. Di masa depan perkara yang sama juga akan berulang".Beliau mengatakan, setiap program untuk masa depan hendaklah diselidik dan dilihat seperti ini, "Jikalau kita mula menentukan jalan yang benar dalam setiap lapangan, mengambil keputusan dan bergerak dengan keyakinan terhadap kudrat Allah, konsisten dalam perjalanan, sudah tentu musuh terpaksa berundur sebagaimana dalam peristiwa 13 Aban tahun 1358. Kita telah saksikan di zaman Defa Moqaddas (peperangan Iran- tentera regim Saddam)".