Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang warga emas Barain bernama Haji Ali terkorban pada hari Khamis kelmarin akibat kecederaan parah dalam serangan ejen regim Al Khalifah.Beliau adalah ayah kepada Hujjatul Islam Syaikh Hasan, penolong Setiausaha Agung parti Al-Wefaq Bahrain (parti pembangkang terbesar di Bahrain). Sebaik sahaja selesai demonstrasi kira-kira pukul 9 malam dua hari lalu, beliau telah diserang ejen-ejen Al Khalifah ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di wilayah Diyah.Haji Ali dibawa pulang sendiri ke rumah dengan luka yang parah. Anak beliau mengejarkannya ke klinik Al-Na’im dan mendapat rawatan di unit kecemasan.Namun disebabkan faktor kecederaan dan usia, keadaan jasmani Haji Ali semakin kritikal dan rawatan tidak dapat menyelamatkannya. Akhirnya beliau dihantar ke Hospital Salmaniyah dan meninggal dunia pagi kelmarin.Menurut laporan perubatan, kematian Haji Ali disebabkan pukulan kuat di kepala dan patah tiga tulang rusuk. Kematian ini menjadikan korban syuhada di Bahrain meningkat seramai 48 orang.
