14 November 2011 - 20:30

Ulama berpengaruh di Bahrain, Ayatullah Sheikh Isa Qassim mengkritik sikap Liga Arab yang mendiamkan diri terhadap isu Bahrain. Beliau menambah, warga Bahrain tidak akan berundur dari tuntutan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sheikh Isa Qasim berkata dalam solat Jumaat, di Masjid Imam Sadiq, di daerah Al-Diraz berkata, "Kejadian, tekanan, cabaran, kesabaran, ketabahan, ketekunan dan  ketegasan telah membuktikan rakyat Bahrain sedang berada di peringkat kesedaran dan keimanan yang tidak dapat ditewaskan. Mereka akan segera mencapai kemenangan Insyallah"."Kembali kepada Islam tidak akan menghadapi kekalahan, tidak akan mengenal lelah, keangkuhan, pembelotan dan.... Inilah kekuatan, perpaduan, kematangan dan kebenaran dan pemulihan".Menurut Sheikh Isa Qasim, berteguh di jalan Islam akan membawa kemenangan. Beliau menyatakan bahawa "Rakyat memilih dua perkara, keamanan dan mereka akan bekorban. Rakyat membuat pilihan dengan penuh kesedaran dan impian. Semua rancangan ini tidak akan dikembangkan melalui muslihat dan penipuan". Sheikh Qassim menambah, "Pekara ini menjadi mustahil dan sikap regim telah menyebabkan rakyat terus berteguh dalam tuntutan mereka yang mustahil mereka akan kembali kepada kezaliman, penyalahgunaan dan berat sebelah". Mengenai sikap Liga Arab tentang peristiwa di Bahrain, Sheikh Isa Qasim berkata, "Liga Arab melihat keadilan dalam kekejaman regim".Tambah beliau lagi, "Liga Arab menolak untuk bertemu dengan wakil parti pembangkang agar mendengar pandangan mereka tentang penderitaan rakyat di dalam negara mereka dalam teknik penyeksaan dan penghinaan".Menurut Sheikh Qassim, "Sikap Liga Arab terhadap kezaliman regim-regim Arab dan tragedi yang menimpa rakyat mereka adalah seperti mengarahkan mata untuk melihat apa yang diingini, dan tidak mahu melihat apa yang tidak diinginkan. Begitu juga telinga digunankan mendengar untuk apa yang mahu didengari sahaja. Ia hanya memilih untuk melihat apa yang ingin dilihat sahaja".Sheikh Qasim menyimpulkan, "Kami tahu bahawa kemenangan adalah daripada Allah, bukan kepunyaan yang lain, bukan juga di tangan orang lain, dan tidak orang yang dapat menghalang dan menundanya selain Allah. Kami tidak minta untuk hidup untuk menang, namun kami memohon daripada Pencipta kami, yang hanya pada-Nya kami berharap".