16 November 2011 - 20:30

Seorang penulis beragama Masihi menegaskan, "Di dalam kurun pertengahan, orang Eropah percaya bahawa Imam Ali (a.s) adalah salah seorang tokoh besar agama Masihi".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa bulan lalu, George Jerdaq seorang penulis terkenal warga Lubnan beragama Masihi dalam satu wawancara media menyatakan terdapat sebuah potret di Italy yang dikaitkan dengan Ali bin Abi Talib.Beberapa orang pembaca ABNA membuat panggilan untuk mendapatkan informasi lebih mendalam tentang berita ini. Wartawan ABNA di Lubnan berkesempatan meminta George Jerdaq memberikan penerangan mengenai gereja manakah yang menyimpan potret yang dikaitkan dengan tokoh Islam ini.Beliau menerangkan orang Eropah di dalam kurun pertengahan percaya bahawa Imam Ali merupakan tokoh agama Masihi. Katanya, "Kadangkala kemungkinan tokoh agama Islam seperti Imam Ali (a.s) digambarkan sebagai beragama Masihi atau pun salah seorang tokoh agama Masihi digambarkan sebagai seorang Islam. Perkara ini sama sekali tidak aneh dan potret ini ada di dalam salah sebuah gereja".Tambah beliau lagi, "Sekarang saya tidak ingat nama gereja tersebut kerana Rom mempunyai lebih dari  seratus ribu gereja, perkara ini perlu ditanya kepada orang yang bertanggungjawab".Wartawan ABNA bertanya kepada Jerdaq, "Apakah anda melihat sendiri potret tersebut?". Jawab beliau, "Iya, saya menziarahi gereja tersebut kira-kira enam belas tahun lalu, iaitu kira-kira tahun 1995".Tambah beliau lagi, "Saya rasa potret ini masih ada di sana kerana ia berkaitan dengan tujuh ratus tahun dahulu, sudah tentu ia dijaga dengan baik".Penulis beragama Masihi ini menggambarkan Imam Ali sebagaimana dalam potret tersebut dengan mengatakan, "Gambar beliau ialah seorang lelaki besar dan insan yang sempurna, semua sifat kemanusiaan ada pada wajahnya".Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sentiasa dikenang kerana mempunyai ketinggian akhlak mulia di mana golongan Kristian dahulu kala sangat menghormatinya. Dalam kurun pertengahan beliau dianggap sebagai orang suci di Eropah.