24 November 2011 - 20:30

Syeikh Abdul Hamid Al-Athrash, bekas pemimpin Majlis Syura Fatwa Al-Azhar mengumumkan, negara-negara Arab dan Islam yang bersubahat dengan Amerika untuk menyerang Iran telah melakukan dosa dan menzalimi hak Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut agensi berita Al-Manar, Syeikh Abdul Hamid Al-Athrash di dalam fatwanya mengatakan bersubahat dengan musuh untuk menyerang Iran adalah bertentangan dengan ayat "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" (إنما المؤمنون إخوة). Beliau turut menggambarkan bahawa mereka yang bertindak demikian sebagai keluar dari Islam.Surat khabar Mesir turut memetik kata-kata ulama Fiqh Ahlusunnah tersebut, "Wajib ke atas negara-negara lain menghapuskan mereka yang membantu Amerika dan Israel yang cuba menyerang negara Islam. Barangsiapa yang hanya berdiam diri, sama jenayahnya dengan negara-negara yang melakukan dosa dan kezaliman ini".Beberapa minggu lalu pegawai negara Israel berterus terang mengugut untuk menyerang Iran sehingga mendapat kritikan keras daripada beberapa negara seperti Perancis.