Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan Polis Saudi dilaporkan melanggar Abdalnabi Kazem Al-Aqil di kawasan luar Manama, Bahrain sehingga menyebabkan kematian allayarham.
Menurut saksi, pihak polis dari negara Arab Saudi itu mula merusuh dengan mengejar remaja-remaja Syiah dan berjaya menangkap serta memukul salah seorang daripada mereka. Selain itu kereta polis Saudi dikatakan sengaja merempuh kereta yang dipandu Abdalnabi Kazem al-Aqil. Mangsa meninggal dunia pagi kelmarin akibat menderita kecederaan yang parah.
Korban kali ini Abdalnabi Kazem al-Aqil, 44 tahun berasal dari perkampungan 'Aali.
Ribuan warga Bahrain keluar memprotes diskriminasi kerajaan Bahrain sejak Febuari lalu dan menuntut pembaharuan dalam agihan ekonomi dan politik. Situasi aman bertukar menjadi tegang apabila pihak kerajaan Bahrain yang dibantu Arab Saudi melancarkan gerakan menyuraikan penunjuk perasaan dengan kekerasan.








/106-129