Ada pihak tertentu berusaha membuktikan hubungan baik antara Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan khalifah Usman sedangkan perkara ini tidak perkara ini tidak sesuai dalam catatan sejarah dan riwayat Ahlusunnah Wal Jama’ah.Menurut riwayat muktabar yang terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah, setelah Usman bin Affan dibunuh, jasadnya terbiar selama tiga hari di tempat pembuangan sampah. Tidak ada sesiapa pun yang bertindak menguruskan pengkebumian jenazah beliau meskipun Ali bin Abi Talib.Persoalan yang timbul sekarang ialah, jikalau Ali bin Abi Talib mempunyai hubungan baik dengan Usman, megapakah beliau enggan menguruskan jenazah khalifah ke-tiga tersebut?Tidak syak lagi, menguruskan mayat seorang muslim adalah wajib Fardhu Kifayah bagi setiap umat Islam. Manakala membiarkan mayat orang Islam di tempat pembuangan sampah tanpa diuruskan pengkebumiannya adalah perbuatan yang salah di sisi hukum syarak. Namun mengapakah Usman bin Affan dibiarkan di tempat pembuangan sampah selama tiga hari dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib tidak bertindak mengkebumikannya?Di sini Ahlusunnah terpaksa mengatakan samada (Na’uzubillah) Amirul Mukminin (a.s) melakukan dosa atau menganggap Usman bukan seorang muslim.Memasuki asal usul perbahasan ini tidak akan bermanfaat jika tidak meneliti pengkisahan yang dinukil daripada Ali bin Yunus Al-‘Amili terlebih dahulu.Ibnu Jawzi:ِ أَنَّ ابْنَ الْجَوْزِيِّ قَالَ يَوْماً عَلَى مِنْبَرِهِ سَلُونِي قَبْلَ أَنْ تَفْقِدُونِي، فَسَأَلَتْهُ امْرَأَةٌ عَمَّا رُوِيَ أَنَّ عَلِيّاً عَلَيْهِ السَّلَامُ سَارَ فِي لَيْلَةٍ إِلَى سَلْمَانَ فَجَهَّزَهُ وَ رَجَعَ فَقَالَ رُوِيَ ذَلِكَ، قَالَتْ فَعُثْمَانُ ثَمَّ ثَلَاثَةَ أَيَّامِ مَنْبُوذاً فِي الْمَزَابِلِ وَ عَلِيٌّ عَلَيْهِ السَّلَامُ حَاضِرٌ. قَالَ نَعَمْ. قَالَتْ فَقَدْ لَزِمَ الْخَطَأُ لِأَحَدِهِمَا. فَقَالَ إِنْ كُنْتِ خَرَجْتِ مِنْ بَيْتِكِ بِغَيْرِ إِذْنِ زَوْجِكِ فَعَلَيْكِ لَعْنَةُ اللَّهِ، وَ إِلَّا فَعَلَيْهِ. فَقَالَتْ خَرَجَتْ عَائِشَةُ إِلَى حَرْبِ عَلِيٍّ عَلَيْهِ السَّلَامُ بِإِذْنِ النَّبِيِ‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ آلِهِ أَوْ لَا فَانْقَطَعَ وَ لَمْ يُحِرْ جَوَاباً. العاملي النباطي، الشيخ زين الدين أبي محمد علي بن يونس (متوفاى877هـ) الصراط المستقيم إلى مستحقي التقديم، ج 1، ص218، تحقيق: محمد الباقر البهبودي، ناشر : المكتبة المرتضوية لإحياء الآثار الجعفرية، الطبعة الأولى، 1384هـ ؛المجلسي، محمد باقر (متوفاى 1111هـ)، بحار الأنوار الجامعة لدرر أخبار الأئمة الأطهار، ج 29، ص 647 – 648، تحقيق: محمد الباقر البهبودي، ناشر: مؤسسة الوفاء - بيروت - لبنان، الطبعة: الثانية المصححة، 1403هـ - 1983م.Pada suatu hari, Ibnu Jawzi berada di atas minbar dan berkata: Tanyalah padaku sebelum kalian kehilanganku. Maka seorang perempuan bertanya tentang apa yang diriwayatkan bahawa Ali (a.s) pergi kepada Salman (di Mada’in) dan melengkapinya (kafan dan pengkebumian), kemudian pulang. Ibnu Jawzi berkata: Demikianlah diriwayatkan. Perempuan itu bertanya: Benarkah Usman dibiarkan selama tiga hari di tempat pembuangan sampah Baqi’ selama tiga hari sedangkan Ali (a.s) ada ketika itu? Ibnu Jawzi berkata: Iya. Perempuan itu berkata: Oleh itu pasti salah seorang daripada mereka berdua melakukan kesalahan. Ibnu Jawzi bertanya kepadanya: Andainya kamu keluar dari rumah tanpa izin suamimu, maka laknat Allah untuk kamu atau suamimu? Perempuan itu berkata: Aisyah keluar untuk berperang dengan Ali (a.s) dengan izin Rasulullah atau tidak? Ibnu Jawzi pun terdiam dan tidak berkata apa-apa. - Al-‘Amili Al-Nabathi, Al-Syaikh Zainuddin Abi Muhammad bin Yunus (wafat tahun 877 Hijrah) Al-Shiratul Mustaqim Ila Mustahaqqi Al-Taqdim, jilid 1 halaman 218; Al-Majlisi, Muhammad Baqir (wafat tahun 1111 Hijrah) Biharul Anwar, jilid 29 halaman 647-648.Kewajipan pengkebumian jenazah orang Islam.Semua mazhab-mazhab di dalam Islam bersepakat bahawa mengkebumikan mayat seseorang muslim adalah wajib Kifayah, iaitu jikalau seseorang muslim menguruskan pengkebumian mayat saudara seislamnya, maka gugurlah tanggungjawab pengkebumian jenazah tersebut atas orang lain. Jikalau tidak seluruh umat Islam bertanggung jawab mengambil tindakan pengkebumiannya.Muhammad bin Ibrahim Nisyaburi menulis di dalam kitab Al-Ijma’: ما أجمع عليه فقهاء الأمصار... وأجمعوا على أن دفن الميت لازم واجب على الناس لا يسعهم تركه عند الإمكان ومن قام به منهم سقط فرض ذلك على سائر المسلمين.النيسابوري، أبو بكر محمد بن إبراهيم بن المنذر (متوفاى318هـ)، الإجماع، ج 1، ص42، تحقيق : د. فؤاد عبد المنعم أحمد، ناشر : دار الدعوة - الإسكندرية، الطبعة : الثالثة، 1402هـ.Apa yang diijma’ oleh ahli-ahli fiqh serantau…Mereka sepakat bahawa pengkebumian mayat adalah perlu dan wajib ke atas orang ramai, mereka tidak berhak meninggalkannya sehinggalah ada seorang daripada mereka yang menguruskannya, maka gugurlah tanggung jawab ini atas seluruh umat Islam yang lain. Al-Nisyaburi, Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim bin Al-Munzir (wafat pada tahun 318 Hijrah), Al-Ijma’ jilid 1 halaman 42Ibnu Hazm Al-Andalusi, salah seorang daripada tokoh-tokoh mazhab Zahiri jelas mengatakan pengkebumian mayat orang kafir pun adalah wajib:قال عَلِيٌّ وأما جِلْدُ الْإِنْسَانِ فَقَدْ صَحَّ نَهْيُ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عن الْمُثْلَةِ وَالسَّلْخُ أَعْظَمُ الْمُثْلَةِ فَلاَ يَحِلُّ التَّمْثِيلُ بِكَافِرٍ وَلاَ مُؤْمِنٍ وَصَحَّ أَمْرُهُ عليه السلام بِإِلْقَاءِ قَتْلَى كُفَّارِ بَدْرٍ في الْقَلِيبِ فَوَجَبَ دَفْنُ كل مَيِّتٍ كَافِرٍ وَمُؤْمِنٍ وَبِاَللَّهِ تَعَالَى التَّوْفِيقُ.إبن حزم الأندلسي الظاهري، ابومحمد علي بن أحمد بن سعيد (متوفاى456هـ)، المحلى، ج 1، ص124، تحقيق: لجنة إحياء التراث العربي، ناشر: دار الآفاق الجديدة - بيروت.Ali (Ibnu Hazm) berkata: Mengenai kulit manusia, benarlah riwayat sahih mengatakan Rasulullah melarang melapah menakala menyiat adalah lebih parah dari melapah. Tidak dibenarkan melapah orang kafir dan juga orang beriman. Memang benar baginda melempar jasad orang-orang kafir ke dalam perigi Badar. Oleh itu wajiblah mengkebumikan semua mayat kafir dan orang beriman. - Ibnu Hazm Al-Andalusi Al-Zahiri, Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa’id (wafat pada tahun 456 hijrah), Al-Mahalla, jilid 1 halaman 124.Al-Nawawi salah seorang ahli Fiqh besar Syafi’i menulis tentang perkara ini sebagai:قال المصنف رحمه الله تعالى : دفن الميت فرض على الكفاية لأن في تركه على وجه الأرض هتكا لحرمته، ويتأذى الناس من رائحته....أما الأحكام : ففيه مسائل : إحداها : دفن الميت فرض كفاية بالإجماع، وقد علم أن فرض الكفاية إذا تعطل أثم به كل من دخل في ذلك الفرض دون غيرهم.النووي الشافعي، محيي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف بن مر بن جمعة بن حزام (متوفاى676 هـ)، المجموع، ج 5، ص238، ناشر: دار الفكر للطباعة والنشر والتوزيع، التكملة الثانية.Al-Mushannaf Rahimahullah berkata: Pengkebumian mayat adalah wajib atas Kifayah kerana membiarkan mayat di atas muka bumi adalah satu penghinaan ke atas kehormatannya dan baunya akan menyakiti orang ramai…Menurut pandangan hukum pula: terdapat beberapa masalah tentang perkara ini: Salah satunya: pengkebumian adalah Fardhu Kifayah menurut Ijma’ ulama, dan diketahuilah bahawa jika tidak dilaksanakan Fardhu Kifayah, berdosalah semua mereka yang termasuk di dalam kewajipan itu, bukan orang lain. - Al-Nawawi Al-Shafi’i, Muhiyuddin Abu Zakaria Yahya bin Murr bin Jum’ah bin Hazm (wafat pada tahun 676 Hijrah), Al-Majmu’ jilid 5 halaman 238.Al-Bahuti Al-Hanbali, salah seorang ulama besar mazhab Hanbali berkata:فصل في دفن الميت ودفنه فرض كفاية لقوله تعالى «ثُمَّ أَماتَهُ فَأَقْبَرَهُ» الآية قال ابن عباس أكرمه بدفنه وقال « أَ لَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفاتا أَحْيَاءً وَ أَمْوَاتًا» أي جامعة للأحياء في ظهرها بالمساكن وللأموات في بطنها بالقبور والكفت الجمع وهوإكرام للميت لأنه لو ترك لأنتن وتأذى الناس برائحته.البهوتي الحنبلي، منصور بن يونس بن إدريس (متوفاى 1051هـ)، شرح منتهى الإرادات المسمى دقائق أولي النهى لشرح المنتهى، ج 1، ص370، ناشر : عالم الكتب - بيروت، الطبعة : الثانية، 1996م.Pasal pengkebumian mayat.Pengkebumian mayat adalah Fardhu Kifayah menurut firman Allah Ta’ala: (ثُمَّ أَماتَهُ فَأَقْبَرَهُ), Ibnu Abbas berkata tentang ayat tersebut: (أَ لَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفاتا أَحْيَاءً وَ أَمْوَاتًا) iaitu Allah memuliakan hambanya dengan pengkebumian mayat. Allah berfirman: Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? Yang hidup dan yang mati?. Iaitu di atasnya tempat berkumpul kehidupan dan dalam perutnya menjadi kubur mereka yang mati. Ini adalah penghormatan buat mayat kerana jikalau ia ditinggalkan, maka baunya akan mengganggu orang ramai. - Al-Bahuti Al-Hanbali, Manshur bin Yunus bin Idris (wafat pada tahun 1051 Hijrah), Syarh Muntaha Al-Iradat Al-Musamma Daqa’iq Uli Al-Nahy Li Syarh Al-Muntaha, jilid 2 halaman 370.Ibnu ‘Abidin Al-Hanafi di dalam Kitab Al-Hashiyah Rad Mukhtar menulis:مطلب في دفن الميت قوله ( وحفر قبره الخ ) شروع في مسائل الدفن وهو فرض كفاية إن أمكن إجماعا.ابن عابدين الحنفي، محمد أمين بن عمر (متوفاى1252هـ)، حاشية رد المختار على الدر المختار شرح تنوير الأبصار فقه أبو حنيفة، ج 2، ص233، ناشر : دار الفكر للطباعة والنشر. - بيروت. - 1421هـ - 2000م.Perkara tentang mengkebumikan mayat (dan galilah kubur…) bermula tentang masalah pengkebumian, iaitu sebuah kewajiban kifayah seboleh mungkin. - Ibnu Abidin Al-Hanafi, Muhammad bin Umar (wafat tahun 1252 Hijrah), Hashiyah Rad Al-Mukhtar ‘Ala Al-Dur Al-Mukhtar Syarh Tanwir Al-Abshar Fiqh Abu Hanifah, jilid 2 halaman 233.Khalil Al-Kharashi Al-Maliki di dalam syarahnya menulis:وَأَمَّا دَفْنُ الْمَيِّتِ أَيْ : مُوَارَاتُهُ وَكَفَنُهُ فَفَرْضُ كِفَايَةٍ مِنْ غَيْرِ خِلَافٍ، إلَّا ابْنَ يُونُسَ فَإِنَّهُ حَكَى سُنِّيَّةَ كَفَنِهِ.الخرشي، محمد بن عبد الله (متوفاى1101هـ)، شرح مختصر خليل، ج 2، ص113، ناشر : دار الفكر للطباعة – بيروت.Adapun pengkebumian mayat ialah: pengkebumian dan pengkafanan mayat adalah fardhu kifayah tanpa khilaf, melainkan Ibnu Yunus yang mengatakan sunat pengkafanannya. - Al-Kharashi, Muhammad bin ‘Abdullah (wafat pada tahun 1101 Hijrah), Syarh Mukhtashar Khalil, jilid 2 halaman 113.Oleh itu seluruh mazhab Islam beri’tiqad bahawa pengkafanan dan pengebumian mayat adalah wajib kifayah yang disepakati kebanyakan para ulama.Usman dikebumikan setelah tiga hari:Berkenaan dengan jenazah Usman yang ditinggalkan selama tiga hari di tempat pembuangan sampah dan Amirulmukminin (a.s) sebagaimana yang disebut di dalam sumber-sumber Ahlusunnah.Riwayat pertama.Abu Na’im Al-Isfahani di dalam kitab Ma’rifah Al-Shahabah menulis:- حَدَّثَنَا أَبُو مُحَمَّدِ بْنُ حَيَّانَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا الْمَسْرُوقِيُّ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ الصَّبَّاحِ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: " مَكَثَ عُثْمَانُ فِي حَشِّ كَوْكَبٍ مَطْرُوحًا ثَلاثًا، لا يُصَلَّى عَلَيْهِ حَتَّى هَتَفَ بِهِمْ هَاتِفٌ: ادْفِنُوهُ، وَلا تُصَلُّوا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ عز وجل قَدْ صَلَّى عَلَيْهِ.الأصبهاني، ابو نعيم أحمد بن عبد الله (متوفاى430هـ)، معرفة الصحابة، ج 1، ص68، طبق برنامه الجامع الكبير؛الأنصاري الشافعي، سراج الدين أبي حفص عمر بن علي بن أحمد المعروف بابن الملقن(متوفاى804هـ)، البدر المنير في تخريج الأحاديث والأثار الواقعة في الشرح الكبير، ج 5، ص382، تحقيق: مصطفي ابوالغيط و عبدالله بن سليمان وياسر بن كمال، ناشر: دار الهجرة للنشر والتوزيع - الرياض-السعودية، الطبعة: الاولى، 1425هـ-2004م.Daripada Abu Muhammad bin Hayyan, Muhammad bin Sulaiman, Al-Masruqi, ‘Ubaid bin Shabbah, Hafsh bin Ghiyats, Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya berkata: Jenazah Usman dicampakkan dan ditinggalkan di Hush Kawkab selama tiga hari sehinggalah diriuhkan: Kebumikan dia dan jangan solat ke atasnya, sesungguhnya Allah telah solat atasnya. - Al-Isfahani Abu Na’im bin Abdullah (wafat pada tahun 340 Hijrah), Ma’rifah Al-Shahabah, jilid 1 halaman 68 (menurut software Jami’ah Al-Kabir); Al-Anshari Al-Shafi’i, Sirajuddin Abi Hafsh Umar bin Ali bin Ahmad (wafat pada tahun 804 Hijrah), Al-Badrul Munir fi Takhrij Al-Ahadits Wal Atsar Al-Waqi’ah Fi Syarh Al-Kabir, jilid 5 halaman 382.Persanadan riwayat ini tidak mempunyai masalah dan berikut adalah penelitian sanad-sanadnya:Penelitian sanad riwayat:Abu Muhammad, Abdullah bin Muhammad bin Ja’far bin Hayyan:Zahabi mengatakan bahawa beliau (أبو محمد، عبد الله بن محمد بن جعفر بن حيان):أبو الشيخ. الامام الحافظ الصادق محدث اصبهان أبو محمد عبد الله بن محمد بن جعفر بن حيان المعروف بأبي الشيخ صاحب التصانيف.قال