Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Al-Uzma Nasir Makarim Syirazi dalam kunjungan Ketua Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Univerisiti Geneva Professor Marco Sassòli menyatakan, "Malang sekali hak asasi manusia jelas dimanipulasikan untuk kepentingan ahli politik."Beliau menambah, "Sekarang ini banyak kritikan mengenai hak asasi manusia ditujukan kepada Iran, sedangkan beberapa negara Arab tiada sistem pilihanraya, demokrasi dan hak asasi manusia. Namun mereka tidak mengkritiknya kerana ia bergerak di jalan manfaat mereka."Ayatullah Makarim menegaskan bahawa Republik Islam Iran telah mempunyai banyak pengalaman dalam pilihanraya, iaitu pilihanraya yang benar-benar asli. Beliau berkata, "Undang-undang asasi kami telah ditulis dengan penyelasan yang sangat baik sekali dan orang ramai memberi penghargaan yang tinggi. Jika anda meneliti undang-undang asasi Iran, sudah tentu ia sangat menepati logik akal dan kemanusiaan. Padahal mereka yang tidak berpuas hati dengan masalah ini, membuat penilaian dan kesimpulan menurut kepentingan mereka."Ustaz Hawzah Ilmiyah Qom ini menyambut baik kedatangan tokoh akademik barat tersebut ke negara-negara Islam sambil menyatakan, "Saya berharap semua cendiakawan Barat seperti anda menziarahi tokoh-tokoh Islam dan mengambil ideologi daripada diri mereka sendiri, bukan daripada orang lain."Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi menerangkan terdapat banyak penyelewengan fakta. Beliau menegaskan, "Sebahagian orang barat yang datang ke negara kami berkata: Apa sahaja yang kami tahu tentang Iran tidak dapat dibandingkan dengan apa yang kami saksikan, seolah-olah terdapat dua Iran, satu daripada media-media barat dan satu lagi daripada realiti sebenar, sungguh malang sekali."Mengenai ajaran Islam, Ayatullah Makarim menjelaskan, "Kami menginginkan kehidupan harmoni bersama-sama penduduk dunia di samping tidak mahu ada sebarang masalah dengan mana-mana golongan. Inilah isi ajaran Al-Quranul Karim."Beliau turut menyentuh tentang perintah dalam Islam supaya mengambil berat keadaan umat Islam yang lain sepanjang ibadah haji. Katanya, "Jikalau setiap kelompok hanya memikirkan diri mereka sahaja sudah tentu dunia akan musnah, oleh itu semua orang hendaklah memikirkan tentang orang lain. Pelajaran agama kami mengatakan hendaklah kepentingan orang lain dan diri sendiri dilihat dengan satu mata. Andainya perkara ini dilaksanakan, dunia akan menjadi aman, sejahtera, damai dan tenang."Beliau dalam bahagian ucapannya yang lain menerangkan tentang wujudnya usaha politik yang ingin mencetuskan peperangan dan perselisihan antara umat Islam. Katanya, "Pengikut mazhab Syiah tinggal bersama saudara-saudaranya Ahlusunnah di Iraq dan berita bunuh membunuh adalah tidak benar. Namun sekarang setiap hari ada di antara kedua-dua kelompok ini dibunuh secara pengecut. Kami tahu siapakah yang mempengaruhi mereka supaya peperangan dalaman dan perang saudara diwujudkan."Ayatullah Makarim Syirazi mendedahkan bahawa perpecahan atau kelemahan negara-negara Islam akibat dari perang saudara. Beliau mengatakan, "Setiap satu daripada kedua-dua akibat ini memenuhi keinginan negara-negara kuasa angkuh dunia. Oleh itu perselisihan, perpecahan dan perang saudara dalam negara-negara Islam terjadi mengikut telunjuk mereka ini."Tambah beliau lagi, "Salah satu masalah penting ialah pentas media-media dunia sewenang-wenangnya menghalang suara kami kepada penduduk dunia agar keadaan, hak asasi manusia dan demokrasi tidak dapat diperbaiki."Ayatullah Al-Uzma Makarim Al-Syirazi menekankan, "Islam mengajar kita, jikalau tidak mampu memperbaiki sesuatu urusan, maka hendaklah ia melaksanakan apa sahaja yang ia mampu. Kami mengamalkan peraturan ini dan memperluaskannya di kalangan masyarakat. Selagi kita masih hidup, kita mempunyai tanggungjawab berusaha memberikan yang terbaik dalam hak asasi manusia."
Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi;
Perpecahan negara-negara Islam adalah propaganda baru kuasa angkuh dunia.
11 Januari 2012 - 20:30
News ID: 290198
Ayatullah Al-Uzma Makarim Al-Syirazi menganggap perpecahan dan kelemahan negara-negara Islam adalah hasil daripada perang saudara. Beliau berkata, "Setiap daripada dua natijah ini memenuhi keinginan negara-negara kuasa angkuh dunia. Oleh itu perselisihan, perpecahan dan perang saudara dalam negara-negara Islam terjadi mengikut telunjuk mereka ini."