Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut pejabat Konservatif dan Penerbitan Warisan Ayatullah Al-Uzma Khamenei, para peserta Kongres Syair Antarabangsa Kebangkitan Islam berpeluang bertemu dengan Ayatullah Sayid Ali Khamenei pada malam Selasa lalu, bertepatan dengan hari kelahiran Nabi (s.a.w) dan minggu perpaduan.Dalam pertemuan ini, para peserta dari negara Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Lubnan, Sudan, Iraq, Syria, Arab Saudi, Kuwait dan Iran mendendangkan syair Arab dengan penuh perasaan tentang sifat Nabi, kebangkitan Islam dan revolusi serantau, Palestin dan al-Quds, ulangtahun ke-33 kemenangan revolusi Islam Iran dan rakyatnya yang tabah.Setelah itu pemimpin Revolusi Islam Iran memberikan ucapannya tentang peranan syair-syair yang mempunyai kesan dan pengaruhnya tersendiri. Beliau mengatakan, "Penyair umat Islam hendaklah memainkan peranan dengan syair berpengaruh mereka dalam peristiwa kebangkitan Islam."Ayatullah Ali Khamenei menegaskan, syair-syair bernilai yang berkaitan dengan kebangkitan Islam hendaklah membuka seluas-luasnya penglihatan umat. Tambah beliau, "Intisari syair-syair kebangkitan Islam mempunyai hendaklah mempunyai citarasa yang tersendiri dalam menumpukan perhatian terhadap mencapai tujuan perubahan besar, jalan panduan ke arahnya, pihak musuh dan halangan-halangan yang disediakan mereka."Beliau menegaskan, "Syair-syair perlu bersungguh-sungguh memainkan peranan agama, iman terhadap Allah dan pengetahuan Al-Quran dalam kebangkitan Islam."Pergerakan ini merupakan sebuah kebangkitan hakiki sebagaimana Islam mempunyai banyak natijah teladan, kefahaman yang mendalam."Pergerakan ini tidak berpenghujung dan ia akan berlanjutan. Sejarah umat Islam akan berubah dengan izin Allah."Pergerakan ini menunjukkan sebuah peristiwa besar dalam sejarah di mana perubahan besar akan muncul di kalangan umat Islam."Penyair umat Islam hendaklah menepati peristiwa ini dan memainkan peranan dalam mengubah nasib.Ayatullah Khamenei menegaskan tentang pentingnya penekanan terhadap perpaduan Islam dalam syair-syair kebangkitan Islam.
9 Februari 2012 - 20:30
News ID: 295757
Pemimpin agung Revolusi Islam Iran menjelaskan bahawa kebangkitan Islam memberi kesan yang besar terhadap nasib umat Islam. Beliau mengatakan, "Pergerakan ini menunjukkan sebuah peristiwa besar bersejarah iaitu sebuah perubahan dahsyat akan wujud di kalangan umat Islam. Kaum muslimin hendaklah mengatasi ejen-ejen mazhab, sikap perkauman dan politik pemecah belah di samping mengenepikan jalan perselisihan.