Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Muhammad Al-Mulaifi dalam satu provokasinya menghina kedudukan Imam Mahdi dan mazhab Syiah. Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan memecah belahkan masyarakat dan memfitnah mazhab Syiah.
Menurut laporan, pihak pendakwaraya dalam satu mesyuarat memutuskan penulis tersebut hendaklah ditahan reman untuk disoal siasat sehingga tiga minggu di penjara pusat Kuwait.
Tindakan pendakwaraya ini adalah susulan daripada demonstrasi memprotes tindakan kumpulan pelampau Wahabi di negara tersebut beberapa hari lalu sambil mendesak tindakan undang-undang diambil segera.
Faisal Al-Duwaisan, salah seorang wakil Syiah di dalam Parlimen Kuwait dalam pernyataannya mengatakan Syiah Kuwait masih boleh bersabar terhadap diskriminasi, namun tidak dalam penghinaan terhadap tokoh suci mereka. Mereka menuntut keadilan tentang individu tersebut.
Ayatullah Sayed Muhammad Baqir Al-Mehri, salah seorang ulama Kuwait beberapa hari lalu turut memberi amaran, "Andainya belum ada tindakan yang sepatutnya daripada pelaksana pegawai undang-undang Kuwait dalam masalah ini, protes akan terus berlangsung."