Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Arab Saudi beberapa kali dilaporkan telah membekalkan senjata dan kelengkapan ketenteraan kepada kumpulan pemberontak Syria.

Menurut laporan media bukan hanya Riyadh sahaja yang menjadi pembekal kepada mereka, bahkan Emirates Arab Bersatu dan Qatar turut dilaporkan menyalurkan senjata kepada kumpulan tersebut.

Turut disebut dalam laporan itu, ketiga-tiga negara Arab tersebut menyeludup senjata melalui Turki sehari setelah tentera Syria berjaya menakluki Homs dan Baba Amr dengan menawan ramai militian bersenjata dari berbagai negara.

Negara Syria mula bergolak sejak pertengahan Mac 2011.

Presiden Bashar Al-Assad pada 20 Febuari lalu berkata, terdapat beberapa negara yang menjadi batu api huru-hara di Syria dengan membiayai dan mendukung kumpulan pengganas bersenjata untuk memerangi kerajaannya.