15 Mac 2012 - 18:47

Kumpulan pengganas gagal pertahankan Idlib, cuba melarikan diri dengan berpakaian wanita.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Walaupun pihak media Barat dan Arab membuat liputan luas mengenai pemberontak, askar Syria pula terus menguasai keadaan negara itu.

Laporan terkini menyebut pengganas berjaya dibasmi dari wilayah Idlib, utara negara tersebut.

Sementara itu pasukan penyelamat mengeluarkan empat mayat dari saluran air di wilayah Ashirah yang sebelum ini dikuasai pemberontak. Mayat-mayat tersebut ditemui rentung dengan kesan seksaan.

Penganalisa politik Syria, Ibrahim Za'ir mengatakan tujuan pihak musuh menawan Idlib ialah ingin mengulangi peristiwa di Benghazi, Libya di mana kawasan tersebut ditukar menjadi pengkalan tentera. Namun usaha pemberontak itu sia-sia apabila tewas dalam pertempuran sengit dengan askar kerajaan.

Ibrahim berkata, "Amerika dan kebanyakan negara Arab khususnya Qatar, Arab Saudi dan beberapa musuh Syria yang lain adalah penjenayah."

Sambil menceritakan dakwaan palsu tentang askar Syria membunuh penduduk awam, beliau mengatakan, "Identiti kumpulan-kumpulan pengganas sudah dikenal pasti di wilayah Karm Al-Zaytun dan Karm Al-Luz.

"Masyarakat antarabangsa sepatutnya tidak menyebelahi kumpulan penjenayah dalam masalah jenayah mereka. Untuk menghentikan pembunuhan di Syria, mereka hendaklah memberi perhatian bagaimana menghentikan sokongan dana dan senjata untuk kumpulan-kumpulan ini.

"Pihak musuh berhasrat menukarkan wilayah Idlib kepada pengkalan tentera seperti Benghazi, Libya, namun perkara ini tidak berkesampaian apabila kumpulan-kumpulan pengganas yang aktif di Idlib dan Homs, khususnya di wilayah Baba 'Amru telah ditewaskan. Oleh itu senario di Libya tidak berulang di Syria."

Sementara itu, Nuruddin Al-'Abdu yang menggelarkan dirinya sebagai anggota Pejabat Media Revolusi Idlib berkata, "Pertempuran di Idlib telah tamat sejak kelmarin dan tentera pembebasan berundur dari wilayah ini."

Beliau menambah, "Askar Syria mengawal seluruh wilayah dan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Tentera pembebasan memilih berundur kerana tidak berdaya melawan askar kerajaan."

Sedangkan menurut laporan media Syria, militan bersenjata masih bersembunyi di pusat bandar dan utara Idlib dalam keadaan seluruh wilayah ini sudah dikawal penuh oleh askar Syria.

Manakala sumber yang lain melaporkan berpuluh-puluh anggota militan bersenjata berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri dengan berpakaian wanita."