Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Luar Iran, Mehmanparast menyatakan simpati kepada keluarga mangsa serangan pengganas di Iraq.
"Aksi ganas demikian bertujuan menghalang usaha perdamaian dan kebebasan Iraq" kata beliau kesal.
Mehmanparast berkata Iran menyokong tindakan Iraq untuk mengatasi masalah pengganas.
Ujar beliau lagi, "Republik Islam Iran percaya bahawa pegawai-pegawai Iraq dan rakyatnya mampu membanteras serangan ganas tersebut dan mencipta keamanan serta keselamatan di negara mereka di samping mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan."
Beberapa siri serangan bom dan tembakan terjadi di beberapa kawasan di Iraq sehingga menyebabkan hampir 300 orang terkorban dan cedera beberapa minggu sebelum berlangsungnya Persidangan Negara-Negara Arab.
Sebaik sahaja pagi menyingsing, sekurang-kurangnya 20 bom diletupkan di 13 lokasi di Baghdad bermula dari Utara Kirkuk hingga ke selatan kota Hilla termasuk kota Karbala.
Serangan disasarkan terhadap pengikut mazhab Syiah, polis Iraq, pegawai kerajaan dan pengawal gereja.