Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang lagi Syiah maut dalam serangan pengganas di Pakistan. Kejadian dilaporkan terjadi di Quetta kelmarin. Mangsa bernama Salman Ali dan berusia 50 tahun.Dalam kejadian berasingan, pengganas turut menyerang sebuah teksi. Namun pemilik teksi tersebut terselamat apabila berjaya melarikan diri.Sementara itu, terdapat laporan berita bahawa lima orang ketua pengganas serangan bersenjata ke atas Syiah di bandar Chilas (bandar kecil antara Gilgit-Baltistan) berjaya diberkas pihak berkuasa.Berasaskan laporan ini, antara yang berjaya ditangkap ialah Maulana Muzammil Syah, ketua pengganas Chilas yang telah membunuh sekurang-kurangnya 16 orang Syiah.