Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut berbagai sumber, seorang pengikut mazhab Syiah telah ditembak mati oleh pengganas Sepah-e Sahaba di sebuah persimpangan jalan Quetta.
Mohammad Ali anak kepada Ghulam Ali mati setelah ditembak anggota kumpulan Sepah-e Sahaba di persimpangan jalan berhampiran Mir Hotel.
Menurut maklumat yang lain, Muhammad Ali mati setelah dibawa ke hospital. Jenazah beliau dipindahkan ke Nachari Imam Bargah Quetta.
Korban berasal dari jalan Alamdar, Quetta. Beliau merupakan korban pembunuhan yang ke-tiga di mana dua orang pengikut mazhab Syiah telah dibunuh di Karachi.