2 Jun 2012 - 19:30

Rakyat Mesir marah Hosni Mubarak hanya dihukum penjara seumur hidup.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Rakyat Mesir bertempur dengan polis di Kaherah dan Suez dalam demontrasi besar-besaran membantah keputusan mahkamah yang dianggap tidak setimpal. Menurut laporan berita, 25 orang cedera dan 6 orang terbunuh dalam rusuhan tersebut.

Bertepatan dengan keputusan mahkamah ini, calon presiden Mesir dari parti Ikhwanul Muslimin, Muhammad Al-Mursi memaklumkan bahawa revolusi akan diteruskan sambil berjanji kepada rakyat dan syuhada Mesir, beliau akan menghukum semua penjenayah.Sebaliknya parti Salafi Mesir pula menyampaikan mesej supaya rakyat Mesir menghormati keputusan aneh mahkamah itu sambil meminta orang ramai tidak berkumpul di medan Tahrir. Pari Hizbul Nur yang dibawah pengaruh Saudi sejak dari awal sentiasa membela Hosni Mubarak dan pengikutnya.

Walaubagaimana pun kumpulan Ikhwanul Muslimin secara rasminya menyeru rakyat Mesir turun ke Medan Tahrir.Parti Al-Islah Wal Nahdah pula mengistiharkan bahawa situasi kali ini mewajibkan umat Islam mempertahankan Muhammad Al-Mursi dalam pusingan kedua pilihanraya presiden.

Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup untuk Hosni Mubarak sedangkan rakyat Mesir mahukan hukuman gantung sampai mati.