Ibnu Taimiyah dan sepemikiran dengannya berusaha sedaya upaya mengalihkan masalah ini dengan menyelewengkan fakta, iaitu menuduh hadis tersebut ditujukan kepada Ali. Oleh kerana perbahasannya adalah panjang, maka cukuplah beberapa jawapan disebutkan di sini:1.    Miswar bin Makhramah adalah musuh Amirul Mukminin:Miswar adalah satu-satunya orang yang meriwayatkan hadis tersebut, dan tidak seorang pun sahabat lain yang menyebut perkara ini. Beliau juga merupakan salah seorang penyokong Muawiyah bin Abi Sufyan dan anggota kumpulan pemalsu hadisnya sebagaimaa yang disebut oleh Bukhari:كان يثني ويصلي على معاوية ، قال عروة : فلم أسمع المسور ذكر معاوية إلاّ صلّى عليه .سير أعلام النبلاء: ج‏3 ص 392 .Beliau sentiasa menyebut nama Muawiyah dan berselawat ke atasnya, ʻUrwah berkata, aku tidak pernah mendengar Miswar menyebut nama Muawiyah kecuali berselawat ke atasnya. - Siyar Aʻlam An-Nubala, jilid 3 halaman 392.Apakah kata-kata orang seperti ini tentang Amirul Mukminin mempunyai nilai dan dapat digunakan untuk berhujjah?2.    Umur Miswar tidak sesuai dengan peristiwa:Beliau lahir pada tahun kedua Hijrah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar:ولد بمكّة بعد الهجرة بسنتين فقدم به المدينة في عقب ذي الحجة سنة ثمان ومات سنة أربع وستين .Miswar lahir di makkah 2 tahun setelah Hijrah, datang ke Madinah pada penghujung Zulhijjah, tahun ke-delapan, meninggal tahun enam puluh empat.Beberapa pihak daripada Ahlusunnah mengiktiraf peristiwa pinangan anak perempuan Abu Jahal yang dikatakan kononnya terjadi di dalam tahun ke-dua Hijrah. Ini bermakna peristiwa lamaran anak perempuan Abu Jahal ini terjadi ketika Miswar bin Makhramah belum lahir ke dunia, dan enam tahun kemudian barulah ia masuk ke Madinah.Ustaz Tawfiq Abuʻilm, merupakan salah seorang ustaz terkenal dan timbalan ketua hakim Mesir telah mengarang sebuah buku berjudul Fathimah Az-Zahra yang diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi oleh Dr. Shadiqi di dalam mukasurat 146 menyatakan:“Peristiwa Ali melamar anak perempuan Abu Jahal terjadi pada tahun kedua Hijrah.”Dengan penerangan sebelumnya, bagaimanakah kata-katanya dapat diterima?Andainya peristiwa ini juga terjadi dalam tahun kedelapan Hijrah sekalipun, Miswar bin Makhramah masih berusia enam tahun untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Maka kata-katanya tetap tidak dapat diterima kerana terdapat pengakuan Miswar:و أنا محتلم .“dan aku sudah bermimpi”Iaitu aku telah mencapai usia baligh, atau sudah boleh menikah tatkala berusia enam tahun sekaligus cuba mengesahkan ia berhak menceritakan peristiwa lamaran tersebut. Apakah kanak-kanak dapat berkata “aku sudah bermimpi”3.    Miswar berbogel di hadapan Nabi.Kitab Ahlusunnah sendiri menjadi saksi dengan memberi keterangan jelas bahawa di zaman Rasulullah, Miswar ini belum mencapai umur baligh sehingga bertelanjang di hadapan Nabi dan orang lain. Muslim Nisyabur di dalam Sahihnya menukilkan:“Aku mengangkut batu untuk pembinaan masjid, kain yang ku pakai tersingkap dan aku tidak mampu membetulkannya sehingga sampai kepada tempatnya. maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: ارْجِعْ إِلَى ثَوْبِكَ فَخُذْهُ وَلاَ تَمْشُوا عُرَاةً صحيح مسلم: ج‏1 ص‏184، ح‏660، كتاب الحيض، ب‏19 باب الاِعْتِنَاءِ بِحِفْظِ الْعَوْرَةِ .Kembalilah ke kainmu dan pakailah dan jangan berjalan bertelanjangan. - Sahih Muslim, jilid 1 halaman 184.Bolehkah cerita kanak-kanak yang masih bertelanjangan di hadapan orang ramai dapat dipercayai? Bagaimana mungkin di kalangan semua sahabat dalam tahun kedelapan Hijrah, hanya Miswar sahaja yang menceritakan peristiwa ini ketika masih berusia dini serta belum tahu menutup aurat? Mengapakah para sahabat yang lain tidak menceritakan kisah ini?4.    Pengharaman menghimpunkan antara anak perempuan Rasulullah dan anak perempuan musuh Allah.Al-Bukhari menukilkan dengan cara yang berbeza iaitu ketika Rasulullah (s.a.w) mendengar peristiwa lamaran ini, baginda pergi ke masjid dalam keadaan susah hati dan bersabda:وَإِنَّ فَاطِمَةَ بَضْعَةٌ مِنِّي وَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسُوءَهَا وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ عِنْدَ رَجُلٍ وَاحِدٍ .صحيح البخاري - ج 4 - ص 212 – 213Sesungguhnya Fathimah adalah sebahagian daripadaku, dan aku tidak suka dia menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berhimpun anak puteri Rasulullah dengan anak perempuan musuh Allah di sisi seorang lelaki. - Sahih Al-Bukhari, jilid 4 halaman 212-213Di dalam riwayat lain, dikatakan Rasulullah (s.a.w) bersabda:إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا .صحيح البخاري ج 6، ص 158، ح 5230، كتاب النكاح، ب 109 - باب ذَبِّ الرَّجُلِ عَنِ ابْنَتِهِ، فِي الْغَيْرَةِ وَالإِنْصَافِ و صحيح مسلم،  ج 7، ص 141، ح 6201، كتاب فضائل الصحابة رضى الله تعالى عنهم، ب 15 -باب فَضَائِلِ فَاطِمَةَ بِنْتِ النَّبِيِّ عَلَيْهَا الصَّلاَةُ وَالسَّلام .Jika Ali bin Abi Talib ingin mengambil puteri Abu Jahal, beliau hendaklah menceraikan anak perempuanku. Fathimah adalah sebahagian daripadaku, aku merasa senang dengan apa saja yang menyenangkannya dan aku merasa disakiti atas semua yang menyakitinya." - Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 158Riwayat ini menyatakan pengharaman menikah puteri Rasulullah ketika seorang anak perempuan musuh menjadi isteri seseorang. Namun yang menjadi keanehan Uthman juga dikatakan mengamalkan poligami dengan beberapa kali menghimpunkan anak perempuan musuh dan anak perempuan Rasulullah.Ramlah binti Syaibah, salah seorang isteri Uthman, telah dinikahinya sejak di Makkah merupakan salah seorang yang mengikuti Uthman berhijrah ke Madinah. Ibnu ʻAbdul Bar menulis tentang perkara ini:رملة بنت شيبة بن ربيعة كانت من المهاجرات هاجرت مع زوجها عثمان بن عفان .الاستيعاب ، ج 4 ، ص 1846 رقم 3345 .Ramlah binti Syaibah adalah seorang yang berhijrah bersama isteri Uthman bin Affan. - Al-Istiʻab, jilid 4 halaman 1846.Sedangkan Ramlah adalah terdiri daripada musuh-musuh Nabi (s.a.w) yang binasa ketika peperangan Badar sepertimana yang ditulis oleh Ibnu Hajar:رملة بنت شيبة بن ربيعة بن عبد شمس العبشمية قتل أبوها يوم بدر كافرا .الإصابة، ج 8، ص 142 - 143 رقم 11192.Ramlah binti Syaibah bin Abdul Shams Al-ʻAbsyamiyyah, ayahnya terbunuh di hari peperangan Badar dalam keadaan kafir. - Al-Ishabah, jilid 8 halaman 142.Dalam waktu yang sama mereka mencatatkan bahawa Ruqayyah, anak Rasulullah juga adalah isteri Uthman. Ibnu Athir di dalam Asad Al-Ghabah menulis:ولما أسلم عثمان زوجّه رسول الله صلى الله عليه وسلم بابنته رقية وهاجرا كلاهما إلى أرض الحبشة الهجرتين ثم عاد إلى مكة وهاجر إلى المدينة . أسد الغابة، ج 3، ص 376 .Tatkala Uthman masuk Islam, Rasulullah (s.a.w) menikahkannya dengan anak perempuan baginda yang bernama Ruqayyah. Mereka berdua berhijrah ke bumi Habsyah sebanyak dua kali. Kemudian kembali ke Makkah dan berhijrah ke Madinah. - Asad Al-Ghabah, jilid 3 halaman 376.Selain itu, Uthman juga turut bernikah dengan Ummul Banin binti ʻAyyinah dan Fathimah binti Walid bin ʻAbdul Sham sedangkan ayah-ayah mereka berdua juga adalah termasuk dalam golongan musuh-musuh Allah.Andainya benar menghimpunkan anak Rasulullah dan anak musuh Allah adalah haram, mengapakah Uthman melakukan perkara yang haram? Bahkan berkali-kali mengulanginya? Jikalau tidak haram, mengapakah menurut pandangan Ahlusunnah Nabi (s.a.w) tidak memberikan izin sebegini kepada Amirul Mukminin? atau ada pihak yang ingin mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) ingin mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah (s.w.t)? Naʻuzubillah min zalik.5.    Juwairiyah tidak pernah sama sekali memasuki Madinah.Menurut fakta sejarah, anak Abu Jahal yang bernama Juwairiyah, yang didakwa telah dilamar oleh saiyyidina Ali, baru masuk Islam pada tahun delapan Hijrah telah berkahwin dengan ʻAttab bin Asid. Bahkan sehingga kewafatan Nabi, beliau sama sekali tidak pernah memasuki Madinah seperti mana yang diceritakan oleh Ibnu Saʻad di dalam Al-Tabaqat Al-Kubra:لما كان يوم الفتح أسلمت أم حكيم بنت الحارث... فبايعته جويرية بنت أبي جهل بن هشام ... وتزوجّها عتاب بن أسيد بن أبي العيص بن أمية ثم تزوجها أبان بن سعيد بن العاص بن أمية فلم تلد له شيئا. الطبقات الكبرى، ج 8، ص 261 - 262.Di hari pembukaan kota Makkah, Ummu Hakim binti Haris masuk Islam… Juwairiyah binti Abu Jahal bin Hisham memberi baiʻat… beliau dinikahi oleh ʻAttab bin Asid bin Abi Al-ʻĪsh bin Umayyah, kemudian beliau dinikahi Aban bin Saʻīd bin Al-ʻAsh bin Umayyah, tidak pernah melahirkan anak.Pertama: Tidak seorang pun yang menulis bahawa beliau memasuki Madinah di zaman Nabi (s.a.w) sehingga dilamar oleh Ali bin Abi Talib.Kedua: Setelah masuk Islam, beliau langsung menjadi isteri ʻAttab bin Asid.Maka bagaimanakah dapat diterima bahawa Amirul Mukminin yang berada di Madinah di dalam tahun kedua Hijrah atau sehingga tahun ke-delapan Hijrah telah melamar Juwairiyah? Selain itu tidak seorang pun selain Miswar dilihat meriwayatkan kisah ini?Mengingkari kelebihan Fathimah Az-Zahra:Ibnu Taimiyah tidak hanya menghina Fathimah Az-Zahra semata-mata, bahkan mengingkari kebanyakan perkara yang bersangkut paut dengan kelebihan Fathimah meskipun telah disepakati oleh Ahlusunnah dan Syiah.Ibnu Taimiyah di dalam kitab Minhaj Al-Sunnah menulis:  وأما قوله : ورووا جميعا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يا فاطمة، إن الله يغضب لغضبك ويرضى لرضاك . فهذا كذب منه ، ما رووا هذا عن النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا يعرف هذا في شئ من كتب الحديث المعروفة ، ولا له إسناد معروف عن النبي صلى الله عليه وسلم، لا صحيح ولا حسن .منهاج السنة 4 / 248 .Adapun katanya (ʻAllamah Al-Hilli): Ramai yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda “Wahai Fathimah, sesungguhnya Allah murka dengan kemurkaanmu, dan redha dengan keredhaanmu. Ini adalah pembohongan daripadanya, mereka semua tidak meriwayatkannya daripada Nabi (s.a.w), ia tidak dikenal di dalam kitab-kitab hadis yang terkenal, tidak juga ia mempunyai sanad yang masyhur daripada Nabi (s.a.w), samada sahih atau hasan. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 4 halaman 248.Tetapi, sebilangan ulama besar Ahlusunnah telah pun menukilkan riwayat ini dengan sanad yang sahih, di antaranya ialah Hakim Nisyaburi:عن على رضى اللّه عنه قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم لفاطمة: «إنّ اللّه يغضب لغضبك، ويرضى لرضاك.Daripada Ali radhiaLlahuanhu, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Fathimah: Sesungguhnya Allah murka dengan kemarahanmu, dan redha dengan keredhaanmu.Setelah menukilkan hadis tersebut, hakim Nisyaburi berkata:هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه .المستدرك ، ج3 ،‌ ص153 .Hadis ini sahih persadanannya dan mereka berdua (al-Bukhari dan Muslim) tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Mustadrak, jilid 3 halaman 153.Haitsami juga menukilkan hadis ini dengan mengatakan:وإسناده حسن . مجمع الزوائد ، ج9 ، ص 203 .Persanadannya hasan. - Majma’ Al-Zawaid, jilid 9 halaman 203.Begitu juga sebahagian besar ulama Ahlusunnah telah mencatatkan hadis ini di dalam kitab-kitab mereka seperti berikut:الآحاد والمثاني الضحاك: 363/5، المعجم الكبير للطبراني: 108/1، 401/22، أسد الغابة :522/5، ذيل تاريخ بغداد: 140/2، 141/2، تهذيب الكمال: 35 / 250، ترجمة فاطمة عليها السلام، ميزان الاعتدال :492/2، الإصابة: 265/8، تهذيب التهذيب: 392/12، (441/12)، تاريخ مدينة دمشق : 156/3، الخصائص الكبرى للسيوطي: 2 / 265، سبل الهدى والرشاد للصالحي الشامي: 11/ 44، الذرية الطاهرة النبوية للدولابي: 119،  نظم درر السمطين للزرندي الحنفي: 178، كنز العمال 12 / 111 رقم 34238 .Sekarang lihatlah, siapakah yang menipu? Apakah Ibnu Taimiyah tidak membaca kitab-kitab ini atau sekadar meluahkan kebenciannya terhadap Fathimah Az-Zahra sehingga mengingkari kelebihannya.Penghinaan terhadap Imam Husain (a.s):Ibnu Taimiyah memberikan pandangan yang sangat luar biasa tentang sejarah kebangkitan Imam Husain dan kesyahidannya. Tidak siapa pun yang akan berani memberikan pandangan ini melainkan kelompok Bani Umayyah. Dari satu sisi, Ibnu Taimiyyah cukup setia terhadap Muawiyah dan Yazid, bukan hanya menganggap kebangkitan Imam Husain sebagai sebuah kejahatan, bahkan membela Yazid habis-habisan dengan berusaha membersihkan sejarah hitam Yazid. Antara contohnya ialah seperti berikutnya.Beliau mengatakan kebangkitan Imam Husain (a.s) sebagai berikut:ولم يكن في الخروج لا مصلحة دين ولا مصلحة دنيا بل تمكن أولئك الظلمة الطغاة من سبط رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى قتلوه مظلوما شهيدا وكان في خروجه وقتله من الفساد ما لم يكن حصل لو قعد في بلده فإن ما قصده من تحصيل الخير ودفع الشر لم يحصل منه شيء بل زاد الشر بخروجه وقتله ونقص الخير بذلك وصار ذلك سببا لشر عظيم وكان قتل الحسين مما أوجب الفتن كما كان قتل عثمان مما أوجب الفتنوهذا كله مما يبين أن ما أمر به النبي صلى الله عليه وسلم من الصبر على جور الأئمة وترك قتلاهم والخروج عليهم هو أصلح الأمور للعباد في المعاش والمعاد وأن من خالف ذلك متعمدا أو مخطئا لم يحصل بفعله صلاح بل فسادمنهاج السنة ، ج4 ، ص 530 .Keluarnya beliau bukanlah memberi kebaikan kepada agama ataupun dunia, bahkan menyebabkan mereka yang zalim dapat memberontak menentang cucu Rasulullah (s.a.w) sehinggalah beliau terbunuh secara teraniaya dan syahid. Keluarnya beliau dan pembunuhannya adalah suatu bencana yang tidak akan terjadi sekiranya beliau duduk di negerinya. Sesungguhnya niat