Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarem Syirazi membaca ayat 16 dan 17 dari surah al-Ahzab dalam kuliah tafsirnya di haram Ma'sumah:
قُلْ لَنْ ينْفَعَكُمُ الْفِرَارُ إِنْ فَرَرْتُمْ مِنَ الْمَوْتِ أَوِ الْقَتْلِ وَإِذًا لَا تُمَتَّعُونَ إِلَّا قَلِيلًا * قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً وَلَا يجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيا وَلَا نَصِيرًا»
[16] Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".
[17] Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
Beliau mengatakan, orang yang dimaksudkan ayat tersebut ialah golongan yang berhasrat melarikan diri dari medan perang sedangkan mereka sudah berjanji dengan Nabi (s.a.w) supaya tidak melarikan diri atau berada di belakang musuh."
Beliau menambah, "Di dalam surah al-Ahzab al-Qur'an menerangkan kepada Nabi (s.a.w): Wahai Nabi katakanlah, melarikan diri dari peperangan bersama musuh tidak akan menyelesaikan masalah kamu. Ini disebabkan perjanjian usia kamu akan tamat dan di luar medan peperangan pun kamu akan meninggal dunia sementara kamu tidak mendapatkan akibat baik, malah maraih balasan buruk. Meskipun kamu lari ke belakang musuh, musuh tetap menawan kamu. Sekarang jikalau kamu meninggal dunia, kamu mendapat balasan buruk, sebaliknya jikalau kamu masih bernyawa, kamu ditawan dan menjadi hina. Oleh itu melarikan diri tidak memberi faedah. Andainya kamu tetapkan posisi, kamu menang. Sementara jika kamu terbunuh, kamu mati syahid."
Mengenai ayat ke-17, Ayatullah Makarem berkata, "Allah (s.w.t) berfirman dalam ayat ini bahawa Tuhan menghendaki kamu pergi. Mustahil kamu dapat melarikan diri dari cengkaman kudrat Allah. Segala apapun di dunia tidak akan berjaya sekalipun semuanya berkumpul untuk menghalang kehendak tuhan. Apakah kamu berkhayal dapat hidup dengan melarikan diri dari kudrat tuhan? Ini semua mustahil dan kesipalan."
Ustaz pengajian Bahtsul Kharij ini menerangkan, "Setiap manusia memunyai kemuncak umur yang dipanggil ajal. Kita mempunyai dua ajal iaitu 'ajal yang pasti' dan 'ajal bersyarat'. 'Ajal pasti' tidak dapat diubah seumpama bateri di dalam jam. Jika kudrat kegiatannya hanya dua tahun, maka menjelang dua tahun ajalnya pasti tiba kerana tidak ada kudrat lagi. Jantung dalam dada manusia akan bekerja, setelah umur 80 tahun ia akan bersara dan ini adalah 'ajal pasti' yang tidak lebih dari apa yang disediakan oleh Allah.
"Namun 'ajal bersyarat' ialah jika kamu mengambil perhatian, maka kamu akan hidup. Jikalau tidak, maka kamu akan mati seperti seorang insan berusia 100 tahun yang menaiki kenderaan berusia 30 tahun. Sekiranya ia memandunya dengan baik dan berhati-hati, maka kedua-dua umur itu mencukupi untuknya. Namun andainya ia lalai, umur kedua-duanya akan binasa."
Ayatullah Makarem Syirazi menceritakan fungsi penundaan ajal dengan membawa beberapa kisah daripada para imam:
1. Imam Ja'far Sodiq berkata: Barangsiapa yang mempunyai niat yang baik, maka umurnya akan bertambah.
2. Imam Ja'far Sodiq berkata kepada temannya yang bernama Muyassir: Sudah beberapa kali ajalmu telah tiba, namun Allah menundanya. Ini disebabkan silatul rahim yang kamu miliki.
3. Hadis daripada Nabi Muhammad (s.a.w): Pekerjaan yang baik memanjangkan umur.
Barangsiapa yang mahu mengasihi anak yatim, membantu kehidupan yang tidak bermaksiat, membantu mas kahwin, atau apa sahaja kerja yang baik meskipun membuang batu di jalan, umur insan akan bertambah.
4. Imam Baqir berkata: Syiah kami dianjurkan menziarahi kubur Imam Husain yang mempunyai tiga kesan penting iaitu menambah rezeki, memanjangkan usia, terhindar dari bala, penyakit dan masalah manusia."
Ayatullah Makarem menambah, "Al-Qur'an berkata kepada mereka: Kamu ingin menambah umur dengan melarikan diri dari medan perang sedangkan kamu akan mendapat kecelakaan."