Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Anggota Syura Tertinggi Majma' Ahlul Bait, Ayatullah Hadavi Tehrani dalam pesanannya sempena hari al-Quds, "Al-Quds hari ini adalah kiblat pertama umat Islam, medan perang hak dan batil, rahsia perpaduan golongan yang ditindas dalam menghadapi kuasa angkuh, serta kiblat harapan bagi mereka yang menanti juru selamat yang dijanjikan oleh Allah."

Teks pesanan beliau adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحیم

سُبْحانَ الَّذي أَسْرى‏ بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذي بارَكْنا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آياتِنا إِنَّهُ هُوَ السَّميعُ الْبَصير (الاسراء، 1)

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. -Surah al-Isra' ayat 1

Al-Quds hari ini adalah kiblat pertama umat Islam, medan perang antara hak dan batil, rahsia perpaduan golongan yang ditindas dalam menghadapi kuasa angkuh, serta kiblat harapan bagi mereka yang menanti juru selamat yang dijanjikan oleh Allah.

Hari al-Quds, hari pembai'atan penuntut kebenaran bersama Palestin yang ideal dan juga penerusan hari peringatan daripada pengasas Republik Islam Iran, Ayatullah Imam Khomeini, sebuah hari yang menjelmakan keimanan dalam menghadapi kekufuran.

Hari ini tuntutan-tuntutan hak rakyat Syria untuk pembaharuan politik di negara mereka telah diekploitasi dengan jahatnya oleh negara mustakbirin dunia dan zionis antarabangsa. Darah ribuan insan tidak berdosa telah ditumpahkan semata-mata untuk mengenyangkan keserakahan Barat dan ejen-ejennya. Kesalahan mereka ini hanyalah semata-mata kerana berada di barisan hadapan memerangi penjajah al-Quds, dan kehadiran rakyat Iran secara besar-besaran di Iran dan serata dunia dalam perarakan hari al-Quds yang mengukuhkan perlawanan menghadapi Zionis antarabangsa.

Al-Quds perlu terus dipertahankan demi kelestarian Islam yang ideal. Kehadiran di dalam lapangan ini merupakan pembaiatan sekali lagi dengan Islam Muhammadi yang ideal dan membentuk latar bagi kemunculan Imam Mahdi yang dinantikan.

Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Mahdi Hadavi Tehrani
26 Ramadhan 1433