24 Ogos 2012 - 19:30

Naib presiden Suruhanjaya Keamanan Nasional menyatakan kemungkinan perwakilan NAM akan melawat pusat nuklear Iran dalam Majlis Syura.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mansur Haqeqatpur selaku wakil wilayah Sarein-Ardebil dalam Majlis Syura Islam berkata, "Republik Islam Iran boleh memberikan usulan kepada Pusat Nuklear Negara untuk dilawati perwakilan supaya membentuk latar sokongan negara-negara ini."Beliau menambah, "Ketulusan hendaklah didahulukan dalam semua dialog anggota NAM. Ini disebabkan setelah lawatan lebih dari separuh negara-negara di dunia di Tehran dan kehadiran mereka dalam persidangan boleh menyebabkan kata-kata sumbang pihak Barat tidak berfaedah lagi. Mereka paling kurang tidak akan berbohong demi menjaga reputasi."Beliau turut menyatakan persidangan NAM tidak dapat menafikan kekuatan Iran dalam semua perundingan.Beliau juga menekankan betapa pentingnya pembentukan pejabat pemikiran untuk memantapkan lagi persiangan NAM dengan mengatakan, "Kami mampu membentuk pejabat pemikiran ini dengan kerjasama bersama kerajaan. Kami mempunyai program-program untuk meluaskan hubungan ekonomi, kebudayaan, politik dan pembangunan di mana parlimen juga ada mempunyai pandangan dan kerjasama tentang perkara ini."Suruhanjaya Keselamatan Nasional pagi kelmarin bermesyuarat dengan pihak kerajaan untuk meneliti proses perlaksanaan persidangan NAM di mana Naqvi Husaini selaku jurucakap suruhanjaya tersebut dalam sidang medianya berkata, "120 negara sudah diundang untuk hadir ke Tehran dan mereka semua boleh melawat pusat nuklear, kebudayaan dan industri."