26 Ogos 2012 - 19:30

Merujuk kepada betapa pentingnya keselamatan sepanjang persidangan NAM di Tehran dan kehadiran pemimpin-pemimpin berbagai negara, Menteri Pertahanan berkata, "Persidangan ini menunjukkan Iran semakin kuat di arena antarabangsa."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Pertahanan, Sardar Vahedi dalam majlis pembaharuan baiat pemimpin negara kepada pengasas revolusi Islam Iran menerangakan persidangan NAM di Tehran sebenarnya mendedahkan propaganda musuh dalam usaha menyingkirkan Iran di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, "Berlangsungnya persidangan ini sampai ke tahap menunjukkan kestabilan Iran, keamanan dan kedaulatan Republik Islam Iran di arena antarabangsa."Beliau menerangkan Republik Islam Iran sentiasa mengiringi politik dunia luar dalam kerangka keadilan, membela hak asasi manusia dan bangsa-bangsa merdeka. Beliau berkata, "Kepimpinan Iran menerajui persidangan ini selama tiga tahun merupakan peluang terbaik untuk menjejaji matlamat ini. Iran dapat menunaikan halatuju ini dengan baik. Sebenarnya tuntutan hak dan kebenaran bangsa-bangsa yang ditindas serta keadilan akan bergema di seluruh dunia."Vahedi mengatakan semuanya sudah disiapkan untuk persidangan."Insyallah, persidangan di Tehran ini benar-benar berlangsung dalam suasana aman."