Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Perdana Menteri Iraq Nuri Maliki akan menyertai sidang kemuncak NAM untuk menggantikan presiden Iraq.
Presiden Iraq Jalal Talabani dikatakan tidak sihat kerana baru sahaja pulang dari German.
Ali al-Dibagh kelmarin berkata seorang lagi menteri kanan Iraq bernama Khidir al-Khuza'i selaku Timbalan Presiden akan menyertai mesyuarat jawatankuasa NAM.
Namun pihak pemberita difahamkan jurucakap bagi pihak penasihat presiden sudah mengirim surat jemputan kepada Nuri Maliki untuk sidang ini.
Duta besar Iran di Baghdad berkata, "Hujjatul Islam Sayid Ahmad Musawi, presiden Perbadanan Haji, Ziarah dan Mesyuarat presiden kelmarin sudah masuk ke Iraq untuk menyerahkan surat jemputan."