Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab dan bekas wakil rahbar di Eropah, Ayatullah Mohsen Araki dalam wawancara bersama wartawan FARS berkata, "Peluang ini hendaklah digunakan untuk menetapkan sebuah pendirian di kalangan beberapa negara Islam tentang kebangkitan Islam."Tambah beliau lagi, "Antara matlamat paling penting kebangkitan Islam ialah keluar dari dominasi kuasa angkuh dunia, kebebasan dan kemerdekaan bangsa-bangsa yang turut diajukan bersama agenda-agenda NAM.""Jika pengerusi persidangan NAM menyediakan definisi jelas kerjasama dan matlamat bersama antara negara-negara NAM dan gerakan kebangkitan Islam, maka ini semua akan mencapai kejayaan," ujar beliau.Berasaskan matlamat bersama ini, Ayatullah Araki menolak sebarang dominasi kuasa besar dunia, mewujudkan pemerintahan bebas dikalangan warganya, menguatkuasa undang-undang negara dan meluluskan peraturan politik berdasarkan pandangan rakyat. Kata beliau lagi, "Matlamat bersama ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin."
28 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 341109
Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab berkata, "Jika pengerusi persidangan NAM menyediakan definisi jelas kerjasama dan matlamat bersama antara negara-negara NAM dan gerakan kebangkitan Islam, maka ini semua boleh mencapai kejayaan."