Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Luar Iran merasmikan kompleks baru yang dijadikan sebagai pusat Hak Asasi Manusia dan Aneka Budaya NAM di pejabat analisa politik Kementerian Luar.Ucapan Menteri Luar ketika merasmikan pusat ini adalah seperti berikut:بسمالله الرحمن الرحیمیا ایهاالناس و انا خلقناکم من ذکر و انسا و جعلناکم شعوباً و قبائل لتعارفواWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Surah al-Hujurah ayat 13.Sebagai permulaan, izinkan saya mengucapkan terima kasih atas kehadiran tetamu yang menyertai majlis perasmian ini. Berlangsungnya majlis ini lebih kurang bersamaan dengan ulangtahun persidangan menteri-menteri NAM dalam agenda hak asasi manusia dan kepelbagaian budaya, di mana ia berlangsung pada 5 tahun lalu dari tarikh 3 hingga 4 September 2007 yang dihadiri lebih dari 100 pegawai besar di Tehran. Dalam persidangan tersebut, 98 anggota, 10 negara, tiga badan di peringkat global dan 5 lagi pertubuhan sebagai tetamu telah menyertainya. Berdasarkan bilangan perwakilan yang turut bergabung sebelumnya, hari ini sejarah Iran mencatatkan kehadiran paling ramai deligasi dalam program diplomatik yang sedang kami anjurkan.Dalam dokumentasi akhir persidangan tersebut, semua peserta meluluskan usulan pembentukan pusat Hak Asasi Manusia dan Aneka Budaya NAM.Saudara-saudara sekalian,Negara-negara anggota pergerakan mempunyai rekod kebudayaan dan tamadun besar dunia dalam beberapa kawasan yang negara adalah anggota gerakan. Pergerakan yang berbilang negara ini sedang dalam perjalanan memakmurkan bangsa-bangsa, bukan mewujudkan sebuah blok yang menentang blok-blok dunia serta mencabar tamadun lain. Identiti pergerakan menghindari dari mencetuskan konflik. Identiti ini diterjemahkan daripada idea pencarian keadilan manusia untuk mendominasi atas huru-hara, diskriminasi dan situasi tidak stabil.Dalam arah petunjuk ini, ketika penghormatan terhadap kemuliaan insan dan hak asasi manusia merupakan fasal yang dikongsi oleh kebanyakan budaya dan tamadun, malang sekali ianya telah dieksplotasi oleh politik jahat. Dunia hari ini menantikan NAM memainkan peranan ke arah situasi yang lebih baik, mewujudkan perdamaian, kebebasan sebenar dan perhatian terhadap hak asasi manusia untuk seluruh penduduk dunia.Gerakan NAM mengkritik kelemahan sistem pentadbiran dalam komunikasi peringkat global yang mengajukan hal ehwal kemanusiaan, penghormatan kepada hak asasi manusia, dan mewujudkan masyarakat dunia impian. Domain ini mengejar pembukaan ufuk baru untuk penduduk dunia. NAM mengiringi pesanan harapan sebahagian bangsa-bangsa yang menuntut kebebasan. Berlangsungnya persidangan tentang hak asasi manusia dan aneka budaya selama 5 tahun lalu, dan setelah keputusan dibuat bagi mewujudkan pusat ini di Tehran dalam rangka membentuk mekanisme sebuah wacana bebas hak asasi manusia, maka inisiatif berpatutan dan galakan memberangsangkan diharap dapat meraih matlamatnya.Saudara saudari yang dihormati sekalianDengan terbentuknya Pusat Hak Asasi Manusia dan Aneka Budaya ini, maka ini adalah satu-satunya pertubuhan hak asasi manusia yang berkaitan dengan gerakan NAM. Sebuah mekanisme tetap untuk menginstitusikan dialog antara budaya yang berlatarkan hak asasi manusia telah pun dibentuk dalam rangka memperbanyakkan lagi penyertaan gerakan NAM dalam wacana global tentang hak asasi. Hala tuju kegiatan-kegiatan pusat ini ialah menentukan pengajaran hak asasi manusia dan berbagai budaya, mewujudkan kerangka pemahaman dan pengetahuan untuk menginstitusikan wacana antara budaya hak asasi yang menuju ke arah peningkatan mutu penghormatan kemanusiaan. Pendekatan inisiatif pusat ini benar-benar mengalami penjernihan dalam slogan asalnya yang berbunyi "kesatuan budaya, pedoman untuk meningkatkan hak asasi manusia," dan pendekatan fokus paling utama matlamat kegiatan-kegiatan ilmu ini telah dibentuk.Pusat yang merupakan markaz pembelajaran antarabangsa sudah sampai ke tahap mencapai pengiktirafan dan keabsahan ilmunya diperingkat antarabangsa akibat beberapa kegiatan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Tidak dapat dinafikan lagi aktiviti-aktiviti pusat ini sedang diperluaskan dalam halatuju aktiviti negara gerakan, dalam struktur pembentukan yang lain serta integriti berkaitan dengan negara-negara lain. Pusat ini mampu menonjol sebagai pertubuhan terbesar selepas PBB dalam dominan hak asasi manusia dengan melihat keahliannya yang lebih 120 anggota. Berasaskan draf awal perlembagaan pertubuhan, skema-skema perkongsian seluruh 120 negara anggota dalam jawatankuasa pemegang amanah telah diperuntukkan. Republik Islam Iran berharap, selaku tuan rumah akan membantu untuk merealisasikan matlamat yang dituju pusat ini. Namun penyertaan seluruh anggota pergerakan NAM dalam memberi petunjuk kegiatan-kegiatan pusat yang penting ini tidak dapat dielakkan demi menjamin kejayaan mekanisme seperti ini.Akhir sekali, sebagaimana masyhurnya pertubuhan The Asian–African Legal Consultative Organization (AALCO) di New Delhi menjadi cabang gerakan NAM dan negara-negara yang sedang berkembang dalam isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa, maka diharap Pusat Hak Asasi Manusia dan Aneka Budaya NAM juga lama kelamaan menjadi masyhur dan diakui sebagai cabang ilmu NAM.
29 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 341977
Menteri Luar Iran merasmikan pusat Hak Asasi Manusia dan Aneka Budaya NAM