Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa minit lalu satu sumber memaklumkan kematian Muhammad Mushaima di penjara regim Bahrain.
Berasaskan laporan tersebut, Muhammad Mushaima telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyertai satu demonstrasi aman menentang regim Al Khalifah.
Beliau terbunuh akibat seksaan berat di penjara regim. Laporan menyebut Muhammad Mushaima, 23 tahun mempunyai seorang bayi lelaki yang baru lahir, berasal dari Ahali Diya. Dengan kematian ini, jumlah korban revolusi Bahrain meningkat sebanyak 93 orang.




