9 November 2012 - 15:48

Timbalan Presiden Univerisiti Islam Syarif Hidayatullah Jakarta: Agresif dan keganasan berpunca dari ketidak adilan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Timbalan Presiden Universiti Islam Syarif Hidayatullah berkata, ayat al-Qur'an menunjukkan tema keamanan dan penerapan keadilan di dalam masyarakat merupakan tujuan utama dalam misi pengutusan nabi Muhammad (s.a.w). Selain itu penerangan tentnag keadilan dan  keamanan menurut perspektif Islam dan hubung kait antara kedua-duanya merupakan keperluan ilmu serta kajian dalam masyarakat saintifik dunia Islam.

Dr. Fakhruddin berkata demikian dalam Seminar Antarabangsa "Islam, Keadilan, Keamanan dan Kedamaian Global" pada hari Selasa lalu anjuran oleh Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran yang dihadiri lebih 500 orang professor dan mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian seminar, duta Iran Mahmud Farazande berkata seminar ini tidak hanya akan membicarakan kesan dan peranan pandangan dunia dalam menentukan sikap serta pengendalian masyarakat dalam skop pematuhan, pelaksanaan undang-undang dan keamanan sejagat. Kata beliau, "Menurut pandangan dunia Islam, dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Perlaksanaan keadilan dari sudut keamanan dan keselamatan sudah disediakan dalam format yang diperkenalkan al-Quran mengenai kedudukan dan keluhuran insan demi merealisasikan sebuah masyarakat ideal. Semua para nabi telah diutuskan dalam merealisasikan halatuju ini."

Farazande turut menceritakan struktur ketidak adilan dalam sistem global, slogan perdamaian dan keselamatan yang dipermain-mainkan oleh kuasa-kuasa dunia untuk kepentingan mereka. 

Selain itu musuh yang sedang berhadapan dengan kebangkitan Islam dan fenomena manusia sejagat yang kembali ke arah agama tauhid sedang mempersiapkan konspirasi pecah belah. Kata beliau, "Hari ini, permainan imperialis juga mempunyai bentuk gerakan yang baru. Kuasa-kuasa penjajah memberikan tumpuan dalam penyebaran virus kerosakan serta perpecahan institusi-institusi berakhlak dan berakidah, misalannya mewujudkan perbalahan kaum dan kabilah di kalangan masyarakat Islam."


Presiden Syura Tertinggi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab Islam dalam seminar ini turut berkata, "Kecenderungan menerapkan keadilan dalam perdamaian dan keamanan merupakan sebuah fitrah. Berasaskan kecenderungan dan keperluan fitrah ini, Islam memberikan tumpuan yang amat serius pada subjek keadilan, kedamaian dan keselamatan."

Ayatullah Ali Taskhiri menambah, "Keadilan tidak ada sebarang ikatan, namun keselamatan tertakluk pada jalan kesempurnaan. Kerana itu Islam mempunyai asas perdamaian dan keamanan, selain tidak ada keserasian dengan sistem diktator."


"Berteguh dengan ajaran agama, melaksanakan peraturan Islam, begitu juga kewujudan negara-negara bersekutu di peringkat antarabangsa adalah perkara yang ditunggu oleh semua agama. Hanya berada di bawah naungan pemerintahan orang-orang soleh sahaja dapat menstabilkan keadilan, keamanan dan kedamaian."

Beliau juga turut mengingatkan untuk menerapkan keadilan dan keamanan; dialog berasaskan mantik merupakan jalan penyelesaian dalam Islam bagi menjauhkan perselisihan dan perbalahan. Selain itu perpecahan perlu dianggap sebagai pencetus utama ketidak adilan dan kekacauan.


Maulawi Ishaq Madani selaku Penasihat Hal Ehwal Ahlusunnah bagi Presiden Iran turut menuturkan bahawa Islam mempunyai keupayaan untuk merealisasikan keadilan dan keamanan. Kata beliau, "Islam mampu menukar masyarakat Arab jahiliyah yang diselubungi kejahilan dan peperangan yang tidak berpenghujung kepada masyarakat yang menegakkan keadilan dan kedamaian."

Madani turut mendedahkan akar umbi ketidak adilan yang ada di dalam masyarakat manusia berpunca dari kekurangan di dalam sistem undang-undang ciptaan manusia serta jauh dari prinsip dan nilai-nilai rohani mahupun agama. Beliau menyeru usaha segera untuk memahami serta mengenali lebih jauh tentang Islam dan praktikalnya sebagai jalan kebahagiaan abadi manusia.

Selain itu Dr. Zainul Mubarak selaku proffesor pengajian Islam Universiti Syarif Hudayatullah juga memberikan ucapannya tentang keadilan dalam sistem politik Islam dan politik liberal dalam demokrasi Barat.

Turut memberi ucapan ialah Dr. Shafakhah yang memberikan fokus keadilan menurut perspektif Nahjul Balaghah.