Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Rakyat Saudi turun berdemonstrasi untuk memprotes keganasan polis terhadap penduduk awam sehingga menyebabkan kematian. Dalam siri keganasan terbaru, polis Saudi melepaskan tembakan sehingga seorang warganya meninggal dunia pada petang Khamis lalu. Selain itu 7 orang yang lain mengalami kecederaan.Ratusan penduduk tempatan berarak di jalan "al-Thaurah", kota Qatif sambil melaung-laungkan slogan anti regim kelmarin, pada hari Jumaat. Sambil menyatakan simpati kepada penduduk yang terkorban, mereka turut berikrar akan meneruskan perjuangan menuntut hak asasi manusia dan pembaharuan walaupun ada lagi yang akan syahid.Dengan kematian Al Matar, jumlah korban di Timur Saudi sejak 2011 menjadi 16 orang di mana 7 daripadanya berasal dari Awwamiyah, Qatif.



28 Disember 2012 - 20:30
News ID: 376624
Demonstrasi berlangsung di Kota Qatif kelmarin sebagai membantah keganasan polis dalam kes kematian Al Mathar