Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil menceritakan sikap tidak jujur regim Zionis terhadap resolusi PBB, bekas penasihat politik Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Iran mempunyai peluang untuk menyingkirkan Israel dari pertubuhan dunia itu selama memimpin NAM.Matthias Chang menambah, "Regim Zionis secara terang-terangan tidak menghiraukan resolusi PBB dengan mencabuli seluruh deklarasi ini. Keanggotaannya di PBB perlu dijustifikasikan sekali lagi.""Regim Zionis berulang kali melanggar ketetapan PBB dengan mengancam Iran serta mencampuri urusan dalam negara-negara lain seperti Syria."Kepimpinan Iran ke atas NAM merupakan peluang untuk bertindak keras terhadap regim Zionis, sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakannya."Israel tidak sekadar mengenepikan ketetapan dan resolusi PBB, bahkan melakukan jenayah terhadap penduduk Palestin, Zionis perlu bertanggungjawab atas perbuatannya," tutur beliau.